LUMUT, 28 Apr – TLDM adalah PERINTIS atau PELOPOR kepada skim pengambilan anggota di Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dimana anggota, iaitu teknisyen yang dilatih khas sehingga “kompeten” dinaikkan pangkat ke Bintara Muda (Sarjan) dalam tempoh 5 tahun sahaja. Skim tersebut dikenali sebagai Skim Perantis Kimpu di awal tahun 1980 dan selepas itu dijenama semula (rebranding) dan dinamakan Perantis. Maklumat tambahan adalah seperti di pautan berikut: https://www.facebook.com/RoyalMalaysianNavy/posts/3466466350078015
Bagi kesinambungan Skim tersebut dan memastikan hasil program memberi ROI yang terbaik, hari ini seramai 105 anggota Perajurit Muda dari Pengambilan 221 yang telah terpilih untuk Skim Perantis Diploma Tugas Khusus (DTK) bertuah dapat bertemu dan mengadakan sesi dialog berkonsepkan Admiral on Deck bersama Ketua Jurutera TLDM (RMN Chief Engineer).
Admiral on Deck ini adalah bertujuan untuk menyampaikan mesej berbentuk strategic guidance dan amanat Pengurusan Tertinggi Kejuruteraan dan juga TLDM agar dapat ditanam dalam diri setiap anggota sehingga ke akar umbi. Ini bertujuan memastikan aset TLDM kelak, khususnya Armada diselenggara dengan baik bagi mencapai tahap pengoperasian yang tinggi. Ini penting kerana sumber manusia adalah salah satu aset TLDM yang penting - “Man and Machine” bak kata pepatah adalah seperti aur dengan tebing.
Sepanjang sesi Admiral on Deck, Ketua Jurutera TLDM telah mengenal pasti beberapa Perantis yang berpotensi untuk dijadikan Pegawai Kejuruteraan TLDM, dimana mereka telah mempunyai kelayakan dan semua SYARAT yang ditetapkan oleh perkhidmatan. Justeru, tindakan merealisasikan matlamat/hasrat ini sedang dirangka sewajarnya. Selain itu, ruang dan peluang seluasnya sedang digubal melalui beberapa inisiatif berbentuk program khas untuk anggota Navy People yang lain, tidak semestinya Perantis agar mereka terus maju di dalam perkhidmatan demi kebaikan TLDM.
Warga Navy People wajar berbangga dengan inisiatif serta peluang yang diberikan oleh TLDM agar dapat menyumbang perkhidmatan yang terbaik setiap masa. Sedia Berkorban.
Sumber : Bahagian Kejuruteraan, Mk TL
Artikel : Laksamana Muda Datuk Ir. Ts. Mohd Shaiful Adli Chung
Foto : PR KD PELANDOK
MARKAS TENTERA LAUT, WISMA PERTAHANAN, JALAN PADANG TEMBAK, 50634 KUALA LUMPUR
Emel : webmaster@navy.mil.my | Tel : (60)3-40160159
Best Viewed : Mozilla Firefox / Google Chrome / Microsoft Edge
COPYRIGHT | PRIVACY & POLICY | DISCLAIMER | SITE MAP