Pembongkaran jentera utama dimulakan oleh warga bengkel
KOTA KINABALU, 6 Okt – Dalam usaha merealisasikan hasrat Ketua Jurutera TLDM mengoptimumkan kemampuan, kemahiran serta pengalaman yang dimiliki teknisyen TLDM mengekalkan kesiagaan aset-aset yang dimiliki, warga Bengkel Mekanikal DSA Timur telah berjaya melaksanakan rutin major overhaul, pemasangan semula seterusnya ujian di jeti dan laut terhadap jentera utama salah sebuah bot tempur Markas Pemerintahan Armada Timur, CB 90 (201).
Pelbagai cabaran ditempuh dalam proses menyempurnakan tugasan tersebut oleh kerana keusangan jentera utama serta kekerapan pengoperasian CB 90 (201). Pemeriksaan menyeluruh serta pembaikan dilaksanakan dengan teliti bagi mengatasi masalah kerosakan terhadap komponen dalaman jentera utama. Beberapa siri ujian dilaksanakan setelah pembaikan selesai bagi memastikan jentera utama dapat beroperasi dengan baik sebelum dipasang.
Dalam fasa akhir tugasan ini, warga Bengkel Mekanikal DSA Timur diketuai oleh BK TMK Mohd Zailan bin Md Isa melaksanakan pemasangan serta penjajaran semula jentera utama ke dalam CB 90 (201). Jentera utama dioperasikan dan ujian di laut berjaya dilaksanakan dengan tiada lagi kerosakan baharu ditemui. Dengan segala usaha yang dicurahkan serta dorongan berterusan oleh Pegawai Memerintah DSA Timur, Kdr Azmin Zar bin Abd Rashid TLDM menambahkan lagi keyakinan dan semangat warga DSA Timur untuk terus memberikan khidmat yang terbaik dalam memastikan kesiagaan aset-aset TLDM berada di tahap tertinggi.
Artikel : Lt Dya Mohamad Idzhar bin Anuar TLDM
Kelulusan : Bahagian Komunikasi Strategik MPA Timur
Foto : LK TMK Mohd Khairul Rizal bin Abdullah
MARKAS TENTERA LAUT, WISMA PERTAHANAN, JALAN PADANG TEMBAK, 50634 KUALA LUMPUR
Emel : webmaster@navy.mil.my | Tel : (60)3-40160159
Best Viewed : Mozilla Firefox / Google Chrome / Microsoft Edge
COPYRIGHT | PRIVACY & POLICY | DISCLAIMER | SITE MAP