Majlis Graduasi bersama Puan Yang Terutama Pesuruhjaya Tinggi, Haznah Md Hashim

 

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Lt Kdr Ahmad Rizuan bin Hussin TLDM yang telah berjaya menamatkan kursus di Defence Services Command and Staff College (DSCSC), Bangladesh. Beliau bersama Mejar Zainul Ariffin bin Zainul Abidin dan Mejar Mohd Afian bin Abdullah TUDM merupakan wakil Angkatan Tentera Malaysia dalam kursus selama setahun ini yang melibatkan peserta dari 21 negara.

Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Bangladesh, Puan Yang Terutama Haznah Md Hashim, telah hadir ke Majlis Graduasi di DSCSC untuk meraikan ketiga-tiga pegawai ATM tersebut.

DSCSC merupakan salah satu institusi pengajian Angkatan Tentera Bangladesh yang terulung dan berprestij di Asia Selatan. Institusi ini telah ditubuhkan secara rasmi pada 30 Dis 77. Ianya terletak di Mirpur, 20 kilometer dari Pusat Bandar Dhaka dan berupaya menampung sehingga 264 peserta. DSCSC bekerjasama dengan Bangladesh University of Professional (BUP) dan menawarkan program Ijazah Sarjana Sains Sosial (in Securities Studies) kepada peserta yang lulus dan berkelayakan.

Sejak dari tahun 1982, ATM telah mula menghantar para pegawai dari ketiga-tiga cabang perkhidmatan untuk Kursus DSCSC ini. Kursus ini bertujuan untuk melatih pegawai tentera dalam menunaikan tanggungjawab sebagai Pegawai Memerintah dengan menyemai pengetahuan profesional, kemahiran dan kecekapan yang diperlukan. Kursus bagi sesi 2022 melibatkan 250 pegawai yang terdiri daripada 204 Angkatan Tentera Bangladesh dan dari Pasukan Polis Bangladesh serta 46 peserta luar negara (21 negara).

Bagi sesi 2022 ini, keseluruhan 1737 waktu diolah mengikut pecahan modul Sarjana Sains Sosial merangkumi national security studies, peace and conflict studies, strategic studies, leadership and management development, disaster management, international relationship and security affairs, operational planning and estimates, joint and interagency training, theories and concepts of warfare, logistics fundamental and planning, decision-making process dan MSS dissertation paper. DSCSC juga melaksanakan sesi pembelajaran yang dinamik seperti mempraktikkan sesi perbincangan sindiket, penganjuran seminar dan simposium, indoor exercise di kampus dan outdoor exercise meliputii lawatan serta demonstrasi.

Sesuai dengan moto kolej iaitu ‘Knowledge is Power’, DSCSC bukan sahaja memfokuskan kecemerlangan melalui program akademik, malahan DSCSC juga merapatkan ikatan persahabatan dengan kesemua peserta kursus dengan mempamerkan nilai budaya melalui pelbagai aktiviti sosial seperti Ladies Club Enrichment Programme, Syndicate Social Evening, Wing Social Evening, International Day, International Night, Food Festival, DSCSC Social Evening dan Gala Night.