KUALA LUMPUR, 13 Mac - Seramai dua pegawai kanan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah dinaikkan ke pangkat Pemangku Laksamana Pertama (P/Laksamana Pertama) dan tiga pegawai Pasukan Simpanan Sukarela TLDM (PSSTTLDM) telah dinaikkan ke pangkat Leftenan Madya PSSTLDM dalam Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai TLDM dan Pegawai PSSTLDM yang disempurnakan oleh Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Abdul Rahman bin Ayob di Kapal Diraja (KD) SRI GOMBAK, hari ini.

Mereka yang dinaikkan pangkat ke P/Laksamana Pertama adalah Mantan Timbalan Inspektor Jeneral TLDM, Kepten Jamsari bin Tahir TLDM dan Timbalan Inspektor Jeneral TLDM, Kepten Ee Chee Kiong TLDM. Manakala tiga orang yang dinaikkan ke pangkat Leftenan Madya PSSTLDM ialah Lt Muda PSSTLDM Siti Nurfarrieza binti Titingan, Lt Muda PSSTLDM Hasnaa Zakiah binti Jamal Abdul Nasir dan Lt Muda PSSTLDM Izlyn Shafika binti Zavery PSSTLDM.

Majis pemakaian pangkat tersebut turut dihadiri oleh barisan pengurusan tertinggi TLDM dan juga warga Navy People di Lembah Klang.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada mereka yang dinaikkan pangkat. Semoga terus cemerlang sepanjang perkhidmatan.