KUALA LUMPUR, 28 Mac - Bahagian Inspektorat Jeneral, Markas Tentera Laut (MkTL-BIJ) telah menganjurkan Ceramah Integriti Peringkat MkTL di Auditorium KEMENTAH. Ceramah disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Penguasa Kanan Mohamad Azhar bin Abang Mentaril, Pegawai Siasatan Unit Integriti KEMENTAH. Fokus ceramah adalah risiko dan kesan rasuah serta kepentingan budaya integriti di tempat kerja.

Seramai 72 pegawai dan anggota daripada semua Bahagian MkTL telah hadir dalam ceramah ini. Sesi ceramah ini diakhiri dengan penyampaian cenderamata sebagai tanda penghargaan kepada penceramah jemputan yang disempurnakan oleh Laksamana Pertama Ee Chee Kiong, Timbalan Inspektor Jeneral Tentera Laut.  Semoga ceramah ini dapat meningkatkan kesedaran dan memberi nilai tambah kepada para hadirin seterusnya kepada warga TLDM yang lain melalui perkongsian ilmu berkaitan kepentingan integriti dan kesan ketirisan dalam organisasi.

Sumber : Mk TL, Bahagian Inspektorat Jeneral
Artikel   : Kdr Ts. Muhammad Faliq Anwar bin Muhammad Fauzi TLDM
Foto      : PW I PNK Norazmi bin Abdul Talib