LUMUT, 2 Jun - Bahagian Sumber Manusia, Cawangan Dasar dan Pengurusan Sumber Manusia - BPR & HRMIS telah menganjurkan Kursus Pengguna Human Resource Management Information System (HRMIS) dan Kursus Tatacara Pengurusan Data Billet Pre-Requisite (BPR) Siri 1/2023 di Makmal CONUPUS, KD SULTAN IDRIS I, Pangkalan TLDM Lumut bermula 30 Mei sehingga 2 Jun.

Objektif kursus ini adalah memperkenalkan peserta kepada konsep, proses kerja dan fungsi-fungsi yang disediakan di dalam Sistem HRMIS. Selain itu, ianya juga bertujuan untuk memberi pemahaman dan membimbing peserta dalam menggunakan modul serta proses-proses pengurusan sumber manusia di Sistem HRMIS.

Kursus ini juga turut memberi pendedahan dan pengetahuan berkenaan tatacara pengurusan data BPR serta format pelaporan yang berkaitan. Selain itu, latihan praktikal atau hands on penggunaan Sistem HRMIS oleh kesemua peserta juga telah dilaksanakan agar setiap peserta dapat lebih memahami tatacara penggunaan sistem tersebut.

Kursus ini diadakan khusus untuk pegawai dan anggota yang berperanan untuk mengendali dan mengemaskini data di dalam Sistem HRMIS ATM dan pelaporan BPR bagi Markas dan Unit TLDM. Seramai 20 peserta terdiri daripada 5 pegawai dan 15 anggota daripada Markas dan unit dibawah naungan yang berpangkalan di Pangkalan TLDM Lumut, Perak telah mengikuti kursus dan menamatkan kursus dengan jayanya.

Artikel : Lt Dya Sitti Nurfarrieza binti Titingan PSSTLDM
Foto    : LK TNL Noor Azmi bin Ahmad