KUALA LUMPUR, 6 Ogos - Kepten Jeffry Faisal TLDM (Bersara) merupakan seorang Veteren TLDM telah melakar sejarah sebagai Pegawai TLDM pertama, selain Pegawai PASKAL yang memiliki 2 kelayakan. Kelayakan tersebut ialah Ship Divers (SD) setelah lulus Kursus Penyelam Kapal (tahun 1986) di KD DUYONG dan Kursus Asas Payung Terjun (tahun 1986) di PULPAK, Sungai Udang, Melaka.

Veteran kini adalah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Firma BHIC Submarine Engineering Services Sdn Bhd (BSES). Semasa di dalam perkhidmatan, Veteran pernah menjadi Ketua Unit Kejuruteraan Elektronik & Persenjataan, Pasukan Projek Pembinaan Kapal Selam Scorpene TLDM yang pertama di Perancis dari tahun 2006 hingga 2013. Selain boleh memahami Bahasa Perancis, Veteran juga adalah fasih bertutur Bahasa Jerman.

Kepten Jeffry bin Faisal TLDM (Bersara) bukan sahaja cemerlang di dalam profesion beliau, beliau juga aktif dalam bidang sukan iaitu pelari marathon TLDM semasa berkhidmat di era 1980an. Kini beliau masih aktif dalam acara half-marathon.

Sumbangan dan jasa bakti Veteran TLDM ini amat di hargai, semoga ianya dijadikan motivasi serta inspirasi kepada warga Navy People untuk terus maju bagi kecemerlangan TLDM.

Sumber : Markas Tentera Laut, Bahagian Kejuruteraan, RMN Chief Engineer Office
Artikel   : Laksda Datuk Ir. Ts. Mohd Shaiful Adli Chung
Foto      : Bahagian Sumber Manusia, Mk TL