KUCHING, 11 SEPT – Majlis Angkat Sumpah Pegawai Kadet & Perajurit Muda PSSTLDM serta PLASTLDM Politeknik Kuching Sarawak telah dilaksanakan dengan jayanya hari ini. Majlis berlangsung di hadapan Pegawai Memerintah PSTL Kuching, Lt Mohd Ismail Bin Yakub TLDM, Pegawai Laksana PSTL Kuching, Lt Kdr Kenny Wong Toh Wee PSSTLDM dan seluruh warga The Navy People Kuching.

Acara diketuai oleh Pegawai Kadet Mohamed Iderus Bin Jobeli, melibatkan 7 orang Pegawai Kadet, 29 orang Perajurit Muda PSSTLDM dan 10 orang Perajurit Muda PLASTLDM dari Politeknik Kuching Sarawak telah mengangkat sumpah serta melafazkan Ikrar Taat Setia Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong.

Memetik ucapan yang telah disampaikan, Pegawai Memerintah mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua Pegawai Kadet dan Perajurit Muda PSSTLDM serta PLASTLDM yang telah berjaya menjalani proses pemilihan yang telah diadakan sebelum ini.

Beliau juga menyeru supaya seluruh warga The Navy People Kuching dapat bekerjasama dalam satu pasukan terutama sekali kepada pegawai dan anggota yang baru, bagi memastikan pasukan serta perkhidmatan mencapai matlamat seperti yang ditetapkan.

Pegawai Memerintah juga mengingatkan supaya setiap sumpah dan ikrar yang dilafazkan dihayati dan diterap dalam diri masing-masing bagi membentuk Navy People yang disegani.

Di akhir ucapan, kepimpinan PSTL Kuching berharap setiap warga terus memberi komitmen tinggi terhadap unit, memenuhi segala keperluan latihan dan laluan kerjaya yang telah di rancang oleh Markas Pemerintahan Pasukan Simpanan TLDM dalammempertingkatkan keupayaan setiap warga.

Sumber : PR PWTL KUCHING
Artikel : LT M Syful Mirza bin Alluwie PSSTLDM
Foto : LK PNK Ajariah binti Umar