LUMUT, 7 Okt – Seminar Pegawai Kejuruteraan (SPKej) Siri 10/2022 yang melibatkan Pegawai Jurutera TLDM telah disempurnakan semalam di Pangkalan TLDM Lumut. SPKej selama 1 hari tersebut buat kali kedua telah menggunakan teknologi terkini sepanjang seminar. Sebahagian teknologi tersebut telah digunapakai sebelum ini semasa SPKej Siri 9 pada tahun 2019, iaitu sebelum pandemik Covid-19. Justeru, seminar ini melakar sejarah sebagai persidangan yang pertama di agensi Kerajaan yang menggunakan teknologi sedemikian. Di antara teknologi yang dimaksudkan ialah:

1. Penggunaan Artificial Intelligence (AI) berlandaskan face recognition untuk pengesahan kehadiran dan pemantauan. Ini membolehkan status penglibatan dan behaviors character mereka yang terlibat dapat diketahui dengan cepat.
2. Pendaftaran awal menggunakan QR Code secara atas talian yang diintegrasi dengan sistem database seminar.
3. Dilaksana secara hibrid iaitu fizikal dan juga online kepada mereka yang berada di luar kawasan. Kaedah ini adalah selaras dengan langkah penjimatan yang disaran oleh Kementerian Kewangan melalui arahan bertarikh 15 Julai 2022.

Sepanjang SPKej 10/22, kehadiran fizikal hampir 50 peratus Pegawai Jurutera telah berlangsung berkonsepkan knowledge sharing and initiatives updates, bukan berbentuk bengkel. Tujuan pendekatan ini adalah untuk mendapatkan atau mencungkil idea serta fikiran (thought) baharu yang boleh diimplementasi bagi penambahbaikan berterusan terhadap organisasi.

Dijangka kaedah serta pendekatan SPKej ini akan diadaptasi sebagai amalan di dalam pelaksanaan seminar atau konvensyen di negara ini dalam tempoh terdekat. Justeru warga Navy People disaran agar terus berinovasi dengan inisiatif baharu bagi memastikan TLDM unggul, cemerlang, gemilang dan terbilang.

Sumber : Bahagian Kejuruteraan, Mk TL, RMN Chief Engineer Office
Artikel   : Laksmana Muda Datuk Ir. Ts. Mohd Shaiful Adli Chung
Foto      : Lt Dya Raihan Afiqah binti Ramani PSSTLDM