KUCHING, 08 Okt – Pegawai Wakil Tentera Laut Kuching telah mengambil inisiatif untuk bekerjasama dengan Tabung Darah Hospital Umum Sarawak bagi menjayakan Program Derma Darah pada 07 Okt 22 yang lalu.

Program diketuai oleh Lt Mohd Ismail bin Yakub TLDM bersama-sama dengan 14 orang anggota Navy People Kuching, melibatkan Pejabat PWTL dan PSTL Kuching. Sebelum menderma, warga telah menjalani saringan kesihatan dan pemeriksaan darah bagi mengelak sebarang masalah kesihatan.

Program seumpama dilaksanakan dengan objektif untuk membantu pihak Hospital Umum Sarawak bagi memenuhi keperluan semasa bekalan darah. Inisiatif sebegini perlu dilakukan secara berterusan bagi meningkatkan tahap kesedaran setiap pegawai dan anggota TLDM mengenai kepentingan menderma darah.

Program Derma Darah anjuran Pejabat PWTL Kuching berlangsung dengan lancar dan telah mematuhi garis panduan serta tatacara pengendalian aktiviti penderma darah oleh Kementerian Kesiahatan Malaysia.

Sumber : PR PWTL Kuching
Artikel   : Lt Dya Nurharun bin Samsudin PSSTLDM
Foto      : PSTL Kuching