KUALA LUMPUR, 1 Nov – Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Dato’ Sri Mohd Shafiq bin Abdullah hari ini telah merasmikan SIPA 2022 yang berlangsung 2 hari di INTAN Bukit Kiara. SIPA 2022 ini melibatkan lebih dari 300 penjawat awam seluruh Malaysia dari pelbagai Kementerian dan Jabatan. Buat julung kalinya sejak pelan inovasi perkhidmatan awam dilancarkan oleh JPA pada tahun 2010, Ketua Jurutera TLDM telah diberi penghormatan sebagai Penceramah Jemputan di SIPA 2022, iaitu warga Navy People pertama menyampaikan syarahan di INTAN.

Sepanjang sesi tersebut, para hadirin telah didedahkan dengan perkongsian ilmu berkaitan inovasi, termasuk Success Story dan inisiatif-inisiatif di dalam TLDM. Majoriti peserta yang hadir amat teruja dengan perkongsian ilmu yang disampaikan. Ini disebabkan sebahagian subjek tersebut adalah perkara baru dan jarang diketahui, di mana lebih kepada pendekatan leaderships, hands-on and break-through.

Sesi perkongsian ilmu dengan agensi awam sedemikian wajar diperluaskan oleh warga Navy People dalam tempoh terdekat, agar sebarang know-how yang bermanafaat kepada organisasi dikongsi untuk membina negara, selain boleh menaikkan imej TLDM.

Sumber : Markas Tentera Laut, Bahagian Kejuruteraan, RMN Chief Engineer Office
Artikel   : Laksamana Muda Datuk Ir. Ts. Mohd Shaiful Adli Chung
Foto      : Lt Dya Muhammad Fadzil bin Mashor TLDM