KOTA KINABALU, 6 Jan – Perbarisan Pegawai Kanan Skuadron Kapal Misi Pesisir (LMS) Ke-11 yang mengumpulkan keseluruhan warga LMS telah dilaksanakan di Tambatan Pangkalan Kota Kinabalu. Perbarisan ini merupakan acara yang julung kalinya dilaksanakan selepas 4 buah LMS iaitu KD KERIS (111), KD SUNDANG (112), KD BADIK (113) dan KD RENCONG (114) ditauliahkan ke dalam perkhidmatan Tentera Laut Diraja Malaysia.

Perbarisan yang terdiri daripada lima platun ini telah dipimpin oleh Lt Kdr Ts. Mohd Zaini bin Mohd Yusop TLDM sebagai Pegawai Perbarisan manakala PW I TLR Norhafisam bin Ahmad sebagai Pegawai Waran Perbarisan. Ia turut disertai oleh seramai 188 yang terdiri daripada 28 Pegawai dan 160 Anggota Lain-lain Pangkat. Perbarisan pada hari ini turut diiringi dengan alunan muzik daripada Pasukan Pancaragam TLDM Timur.

Dalam perbarisan ini, Pegawai Kanan Skuadron iaitu Kdr Khairil bin Sarian TLDM turut menyempurnakan penyampaian cenderahati bagi Anugerah Bintara dan Laskar Kreatif dan Inovatif Suku Tahun Keempat Tahun 2022 bagi setiap kapal. Beliau turut menyampaikan anugerah kepada Calon Akhir Bintara Terbaik TLDM 2021 dan BADIK Idol Suku Tahun Keempat Tahun 2022.

Senarai penerima adalah seperti berikut:

Calon Akhir BINTARA TERBAIK TLDM 2021
PW I PRL Jayasilan A/L Paniselvam

KD SUNDANG

Bintara Kualiti Suku Tahun Keempat
PW I TLR Mohd Fadzly bin Mohd Eddie

Laskar Kualiti Suku Tahun Keempat
LK KOM Mohamad Safwan bin A. Bakar
KD KERIS

Bintara Terbaik Suku Tahun Keempat
PW II TMK Suzaki bin Salihan

Laskar Terbaik Suku Tahun Keempat
LK PNK Muhammad Shaharul Nizam bin Mohamad Nasir
KD BADIK

Bintara Terbaik Suku Tahun Keempat
BM TLS Muhamad Hafiiz bin Isa

Laskar Terbaik Suku Tahun Keempat
P/LK PWP Loppson Ak Leong

Badik Idol Suku Tahun Keempat
LK I JTP (H) Muhammad Faez Ismail bin Mohd Faidzol
KD RENCONG

Bintara Terbaik Suku Tahun Keempat
BK TNL Muhamat Aris bin Ibrahim

Laskar Terbaik Suku Tahun Keempat
LK PBS Joseph Kudi Anak Sawang

Menerusi ucapan beliau, pencapaian dan prestasi yang dipamerkan oleh kesemua warga Skuadron LMS Ke-11 dengan penglibatan aktif dalam pelbagai eksesais sepanjang tahun 2022 seperti Eksesais KERISMAS 27/22, OSTEX EAST Siri 1-3/22, Thursday War dan BORNEO War wajar dikekalkan malah dipertingkatkan. Beliau juga turut mengingatkan warga untuk terus bersiapsiaga pada sebilang masa dan sentiasa mengoperasikan kapal dalam keadaan terbaik dan selamat.
Acara diakhiri dengan sesi bergambar bagi kesemua warga Skuadron LMS Ke-11 yang terlibat dalam menjayakan perbarisan pagi ini.