Tahniah diucapkan kepada LK TNL Tc. Michelle Janta Anak Joefrazier yang telah diiktiraf sebagai Juruteknik Bertauliah (Tc.) oleh Malaysia Board of Technologist (MBOT) dan sekaligus melakar sejarah sebagai Laskarnita TLDM pertama yang memperolehi Juruteknik Bertauliah (Tc.) dalam bidang Transportation & Logistic Technology (TL) yang memiliki diploma serta masih dalam perkhidmatan mendapat pengiktirafan ini. Untuk Tc. pertama dalam bidang TL adalah LK TNL Tc. Muhammad Afifi Falihin bin Mohd Fuad.

Lebih membanggakan, atas inisiatif bersungguh-sungguh dalam meningkatkan nilai modal insan, LK TNL Tc. Michelle telah berjaya memperoleh Diploma dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) pada tahun 2022 dalam bidang Pengurusan Logistik.

LK TNL Tc. Michelle yang kini sedang berkhidmat di unit Depot Bekalan Armada Timur sebagai Staf Koordinasi Material berbangga kerana dapat menghabiskan tugasan dan temuduga dengan jayanya sebelum beliau layak mendapat pengiktirafan ini.

Warga Navy People wajar menjadikan pencapaian LK TNL Tc. Michelle sebagai motivasi dan inspirasi untuk terus maju dalam karier bagi menjadikan TLDM lebih disegani. Disamping itu bagi mencapai hasrat ini, usaha menjadikan warga Navy People yang layak untuk mendapat pengiktirafan sedemikian sedang giat dilaksanakan.

Artikel : LK TNL Tc. Muhammad Afifi Falihin bin Mohd Fuad
Foto    : LK TNL Tc. Michelle Janta Anak Joefrazier