LUMUT, 9 Mac – YBhg Kepten Ahmad Lahmi bin Abdullah TLDM, selaku Ketua Staf Logistik Barat telah menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat mewakili Panglima Logistik Barat ke atas warga anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) Markas dan Unit Bawah Naungan (UBN).

Majlis turut dihadiri oleh Pegawai-Pegawai Memerintah bagi anggota yang terlibat dan Pegawai Kanan Markas. Upacara pemakaian pangkat telah diadakan di Anjung Seri, Markas Logistik Barat.

Ketua Staf mengucapkan syabas dan tahniah kepada 67 anggota yang telah dinaikkan pangkat dari pelbagai peringkat terdiri daripada PWI dan PWII, Bintara Kanan, Bintara Muda serta Laskar Kanan. Ketua Staf turut menyatakan bahawa anugerah dan kenaikan pangkat ini juga merupakan hasil titik peluh serta usaha setiap individu dalam memastikan prestasi kerja adalah memenuhi tahap yang diperlukan perkhidmatan. Beliau juga menyeru agar dengan pemberian ini ianya akan menaikkan moral dan menyuntik semangat anggota untuk terus berkhidmat dengan cemerlang serta menyumbang ke arah pembangunan TLDM.

Unit-unit yang terlibat bagi Majlis Pemakaian Pangkat ini terdiri dari warga Markas Logistik Barat, Depot Bekalan Armada Barat, Depot Senggara Armada Barat, Depot Peluru dan Bahan Letupan Barat, Depot Bantuan Barat, Unit Pengawasan Senggaraan TLDM, Depot Kenderaan TLDM, MTL - FIC serta kapal di limbungan iaitu KD TERENGGANU, KD KASTURI, KD LAKSAMANA MUHAMMAD AMIN dan KD LEDANG.

 

Syabas dan Tahniah diucapkan! Sedia Berkorban.

 

Klik Untuk Ke Galeri