LOGO

Lambang Angkatan Tentera.
Lambang ini menunjukkan BAKAT adalah sebuah pertubuhan/organisasi dalam Angkatan Tentera.

Warna Latar Belakang.
Warna ini menunjukkan warna Angkatan Tentera meliputi BAKAT dari ketiga-tiga Perkhidmatan.

Wajah Wanita Berlatar Belakangkan Perajurit.
Menerangkan BAKAT adalah sebuah pertubuhan wanita, dianggotai oleh kaum hawa yang mempunyai kaitan langsung kepada warga tentera dan sebagai warga tentera yang mempunyai pertalian rapat dengan perjuang ditengah medan, sementara para isteri sentiasa teguh dibelakang menjaga kebahagiaan rumahtangga. Kedua-duanya menuju satu haluan berbakti kepada negara.

Bunga Padi Kekuningan.
Melambangkan suasana aman, kesejahteraan dan kemuafakatan.

Penggunaan Logo.
Logo ini boleh digunakan oleh semua ahli BAKAT dalam Angkatan Tentera.

Pengenalan Pasukan.
Jika pengenalan pasukan diperlukan seperti membuat plaka atau papan tanda, nama pasukan boleh ditulis dibawah logo.

Cogan Kata.
”BERSAMA BERBAKTI”

Bendera dan Lencana.
BAKAT akan menggunakan bentuk logo berkenaan sebagai motif bendera dan lencana bagi semua urusan dalam mencapai objektif BAKAT.

Pengenalan BAKAT Perkhidmatan.
Setiap BAKAT Perkhidmatan akan menggunakan logo yang sama tetapi akan menambah perkataan-perkataan Darat, Laut atau Udara di bawah logo sebagai tanda menunjukkan pengenalan sesuatu BAKAT itu.

BADAN KEBAJIKAN KELUARGA ANGKATAN TENTERA