MARKAS PEMERINTAHAN PASUKAN SIMPANAN TLDM

Pangkalan TLDM Sungai Lunchoo menempatkan Markas Pemerintahan Pasukan Simpanan TLDM dan KD SRI MEDINI. Pembangunan pangkalan ini telah mula dibina sejak 20 Disember 2016 dan siap sepenuhnya pada 31 Mac 2020. Mk SIMPANAN bertanggungjawab terhadap 11 unit PSSTLDM, 11 sub unit Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) universiti, 4 sub unit Pasukan Latihan Anggota Simpanan (PLAS) politeknik dan Institut Kemahiran Malaysia. Pangkalan ini berfungsi sebagai garison wilayah selatan yang menyediakan keperluan kebajikan, keperluan sokongan dan keperluan logistik kepada anggota di bahagian Selatan Semenanjung.

 

Pandangan Atas Pangkalan TLDM Sungai Lunchoo

Laluan Rempuh Halangan

Dewan Senaman