Portal Rasmi TLDM

Portal Rasmi TLDM merupakan sumber informasi dan perkongsian maklumat kepada warga Navy People dan orang awam bagi mengetahui perkembangan dan permakluman berkaitan TLDM.  Portal ini boleh dilayari melalui pautan www.navy.mil.my.

Emel Rasmi TLDM

Seiring dengan perkembangan teknologi maklumat semasa, perkhidmatan e-mel rasmi TLDM merupakan salah satu inisiatif pembudayaan ICT bagi meningkatkan keupayaan komunikasi di kalangan warga TLDM. Pada tahun 2000, TLDM telah menyediakan dan menguatkuasakan penggunaan e-mel rasmi TLDM (@tldmnet.gov) melalui rangkaian TLDMNet bagi segala urusan rasmi di dalam organisasi TLDM sebelum ditamatkan pada 30 Dis 16 dan penggunaan e-mel rasmi TLDM (@navy.mil.my) mula digunakan sepenuhnya mulai 1 Jan 17.

Evolusi Komunikasi dan Teknologi Maklumat

Komunikasi TLDM bermula pada tahun 1958 dengan tertubuhnya Pusat Komunikasi (PUSKOM) Mini di KD MALAYA, Woodlands, Singapura.  Penyaluran maklumat ketika itu hanya menggunakan radio HF melalui Mod Data secara Continuous Wave (CW) dan Mod Suara (Command Net).  Seterusnya evolusi Komunikasi TLDM telah berkembang sehingga tertubuhnya 6 buah Stesen Komunikasi TLDM (SKTLDM) iaitu SKTLDM Lumut, SKTLDM Parit, SKTLDM Sitiawan, SKTLDM Kuantan, SKTLDM Labuan dan SKTLDM Kuala Lumpur pada tahun 1983.

Evolusi Komunikasi TLDM terus berkembang seiring dengan perubahan teknologi semasa.  Pada tahun 2001, medium komunikasi satelit telah mula diperkenalkan dengan Terminal Inmarsat C, Fleet Broadband (FBB) dan perolehan Rangkaian Satelit ATM (X-Band) pada tahun 2014.  Penggunaan medium ini berupaya menyalurkan perkongsian data dan maklumat yang lebih selamat, cepat serta mempunyai litupan yang luas berbanding radio dan mampu diintegrasikan dengan sistem sedia ada seperti Network Centric Operation (NCO) dan Command and Intelligence Tactical Extension (C4iTacX).