ASETSTRATEGIK

Untuk melindungi dan mempertahankan kepentingan nasional di luar negara dan memenuhi tanggungjawab global serta melaksanakan operasi di kawasan hadapan, ATM bergantung pada kuasa udara (MRCA, Pesawat Pengangkut Bahan Api, Pesawat Pengangkut Strategik), Angkatan Kapal Selam, dan Pasukan Khas. Untuk mempertahankan kawasan hadapan secara efektif, MRCA berupaya melaksanakan serangan strategik dan Gerak Balas Serangan Udara (Offensive Counter Air, OCA) terhadap sasaran udara, maritim dan darat. Pada masa kini, ATM bergantung kepada pesawat F/A-18D dan SU-30MKM untuk misi ini dan penggantian akan dibuat setelah pesawat-pesawat ini mencapai tempoh tamat perkhidmatan pada Rancangan Malaysia ke-14 dan ke-15.3 MRCA adalah sebahagian daripada elemen penting bagi mencapai kekuasaan udara (control of the air) yang merangkumi radar (sensor) dan pesawat pejuang (shooter).

Bagi serangan jarak jauh dan cegah rintang oleh angkatan laut di kawasan hadapan, ATM kini mengoperasikan dua kapal selam kelas Perdana Menteri dengan keupayaan antiperiuk api serta antipermukaan dan antikapal selam untuk melaksanakan maneuver jarak jauh secara halimunan.4 Kedua-dua kapal selam ini telah ditauliahkan masing-masing pada tahun 2009 dan 2010, yang memberi ATM keupayaan unggul dalam memantau pergerakan kapal perang dan kapal selam asing yang melalui perairan negara. ATM memberi keutamaan tinggi kepada kemampuan Pasukan Khas dalam melaksanakan operasi khas di kawasan hadapan. Pasukan Khas memberi kelebihan kepada kerajaan dalam melindungi kepentingan negara di kawasan hadapan. Keutamaan akan diberikan kepada Pasukan Khas ATM dalam perolehan senjata dan peralatan khusus untuk melaksanakan operasi mereka. Di samping itu, latihan dan pembangunan keupayaan akan diteruskan dengan Pasukan Khas negara sahabat dan rakan pertahanan.

KAPAL SELAM

Image

PASKAL

Image

HELIKOPTER

Image

PENYELAM RANJAU

Image