Image
Image
Image

Select your language

Image
Image
Image

BALI, 18 Feb – Multilateral Naval Exercise KOMODO Siri 5 Tahun 2025 atau singkatannya MNEK 5/25 anjuran Tentera Nasional Indonesia - Angkatan Laut (TNI-AL) berlangsung di sini, mulai 15 hingga 22 Februari 2025. Eksesais dwitahunan yang bersifat non-war fighting ini melibatkan 39 buah negara dengan bertemakan Maritime Partnership for Peace and Stability. Penyertaan TLDM pada kali ini melibatkan dua buah kapal iaitu KD KELANTAN dan KD SELANGOR yang mewakili Malaysia dalam usaha memperkukuhkan hubungan antarabangsa dan kerjasama pertahanan maritim di peringkat antarabangsa.

Penglibatan TLDM dalam eksesais ini merangkumi beberapa aktiviti melibatkan Field Training Exercise, International Fleet Review (IFR), International Maritime Security Symposium serta aktiviti lain yang mengukuhkan kerjasama dan kesefahaman seperti Engineering Civic Action Program, Medical Civic Action Program, Lesson from Expert, Subject Matter Expert Exchange, Maritime Hospitality dan Community Relations.

Terdahulu, Panglima Armada Timur, Laksamana Madya Dato' Khir Junaidi bin Idris selaku Ketua Delegasi TLDM telah menghadiri Majlis Perasmian MNEK 5/25 yang disempurnakan oleh Kepala Staf Angkatan Laut (KASAL), Laksamana TNI Dr. Muhammad Ali di Tanjung Benoa. Selesai majlis perasmian, KASAL bersama perwakilan dari negara yang terlibat telah belayar bersama KRI DR. RADJIMAN WEDYODININGRAT bagi menyaksikan International Fleet Review yang disertai oleh 37 buah kapal termasuk KD KELANTAN dan KD SELANGOR.

Pada 17 Februari, Laksamana Madya Dato' Khir Junaidi telah melaksanakan perjumpaan bersama Panglima Tentera Laut dari Indonesia, Brunei, New Zealand dan Australia serta ketua delegasi dari Rusia, Sepanyol dan Bangladesh dalam sesi Bilateral Meeting bagi membincangkan perihal kerjasama pertahanan maritim sedia ada dan perancangan masa hadapan dalam usaha memperkukuhkan hubungan baik antara negara.

Penyertaan Malaysia dalam latihan multilateral seperti MNEK membolehkan TLDM memperkukuh hubungan kerjasama antara negara-negara peserta yang terlibat dalam menghadapi cabaran keselamatan maritim dan pengurusan Humanitarian Asistance and Disaster Relief (HADR). Ini secara tidak langsung membantu dalam membina Confidence Building Measure dan dapat meningkatkan keupayaan TLDM dalam menangani pengurusan kemanusian dan bencana alam serta pelbagai ancaman keselamatan maritim termasuk ancaman keganasan, penyeludupan, perompakan dan ancaman maritim lain yang boleh menggangu kestabilan serantau.

Usaha memperkukuhkan kerjasama melalui latihan seperti MNEK ini juga dapat memupuk persefahaman dan interoperability yang lebih baik antara negara-negara terlibat. Peserta dapat berinteraksi, bertukar pengetahuan dan mempelajari taktik baharu serta Standard Operating Procedure (SOP) operasi negara masing-masing sesuai senario dan geopolitik semasa.

Secara keseluruhannya, penglibatan TLDM dalam eksesais multilateral seperti ini dilihat merupakan platform terbaik untuk memastikan TLDM sentiasa bersedia dan mampu menghadapi cabaran maritim yang semakin kompleks. Ianya juga mencerminkan komitmen Malaysia dalam mempromosikan kestabilan, keamanan dan menjaga keselamatan maritim di rantau ini.

 

Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image