


JOHOR BAHRU, 18 Feb - Seramai 11 orang Pegawai Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia (PSSTLDM) secara rasmi telah diserap ke Angkatan Tetap dalam Majlis Tadbir Angkat Sumpah di Markas Pasukan Simpanan TLDM hari ini. Majlis bersejarah ini disaksikan Panglima Pasukan Simpanan TLDM, Laksamana Pertama Azhar bin Adam bersama warga markas.
Leftenan Sofeatul Nadzhimie binti Romzi TLDM telah mengetuai bacaan ikrar bagi kesemua pegawai terlibat yang sebelum ini berkhidmat sebagai Pertugasan Sepenuh Masa di dalam TLDM.
Penyerapan ke dalam Angkatan Tetap merupakan satu pengiktirafan yang amat bermakna kepada para pegawai PSSTLDM dan membuktikan bahawa pegawai PSSTLDM juga berkeupayaan dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab setaraf dengan Angkatan Tetap.
Semoga setiap langkah yang mereka ambil sentiasa dipandu oleh semangat juang yang tinggi, kecekalan yang tidak berbelah bahagi dan iltizam untuk perkhidmatan ATM amnya dan TLDM khasnya. Tahniah diucapkan kepada semua pegawai yang kini menjadi sebahagian daripada Angkatan Tetap. Semoga terus cemerlang berkhidmat demi negara yang tercinta.
MARKAS TENTERA LAUT, WISMA PERTAHANAN, JALAN PADANG TEMBAK, 50634 KUALA LUMPUR
Emel : webmaster@navy.mil.my | Tel : (60)3-40160159
Paparan Terbaik : Mozilla Firefox / Google Chrome / Microsoft Edge
HAKCIPTA | DASAR & PRIVASI | PENAFIAN | PETA LAMAN
Â
Â