


PELABUHAN KLANG, 21 Feb - Dua aset Tentera Laut Republik Islam Iran telah tiba ke Malaysia buat pertama kali untuk lawatan operasi hari ini. Aset terdiri daripada kapal jenis Auxiliary (ocean liner - 110-3) SHAHID MAHDAVI serta sebuah kapal kelas frigate I.R.I.N.S DENA.
Pengarah Pembangunan Sumber Manusia, Kepten Erman Shahril bin Adlan TLDM telah mengetuai delegasi TLDM menyambut ketibaan kedua-dua kapal tersebut dengan iringan Pancaragam Pusat TLDM. Turut hadir Duta Besar Iran di Malaysia, TYT Valiollah Mohammadi Nasrabadi.
Kepten Erman Shahril serta delegasi penyambut kapal daripada TLDM telah melawat kedua-dua kapal dalam sesi meet and greet dan disambut pegawai memerintah masing-masing. Lawatan ini melakar satu catatan sejarah yang akan menjadi antara asas kepada pengukuhan hubungan dua hala TLDM dan Tentera Laut Republik Islam Iran pada masa hadapan.
Selamat datang ke Malaysia!
Â
MARKAS TENTERA LAUT, WISMA PERTAHANAN, JALAN PADANG TEMBAK, 50634 KUALA LUMPUR
Emel : webmaster@navy.mil.my | Tel : (60)3-40160159
Paparan Terbaik : Mozilla Firefox / Google Chrome / Microsoft Edge
HAKCIPTA | DASAR & PRIVASI | PENAFIAN | PETA LAMAN
Â
Â