MARKAS PEMERINTAHAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN TLDM
- Markas Pemerintahan Pendidikan dan Latihan (MPPL) TLDM yang terletak di Pangkalan TLDM Lumut bertanggungjawab kepada Markas Tentera Laut dan mendukung peranan dan fungsi Pelaksana meliputi aspek-aspek berikut:
- Mengeluarkan Dasar Implementasi Latihan.
- Mengemas kini dan menambah baik dasar berkenaan latihan.
- Menganalisis, mereka bentuk dan membangun latihan.
- Memantau pelaksanaan latihan unit-unit di bawah naungan.
- Menilai dan mengesahkan produk latihan.
- Menentukan kualiti produk unit-unit di bawah naungan.
- Mengurus dan mengkoordinasi sumber dan keperluan latihan.
- Mengurus dan mengkoordinasi pengiktirafan kompetensi warga TLDM.
- Mengurus dan mengkoordinasi Program Peningkatan Latihan dan Kelayakan warga TLDM.
- Mengurus dan mengkoordinasi Rancangan Pelayaran Kapal Latihan TLDM.
- Memantau dan mengaudit pentadbiran dan pengurusan unit-unit di bawah naungan.
- MPPL adalah markas yang bertanggungjawab ke atas semua pusat latihan yang merangkumi pusat latihan pegawai dan pusat latihan lain-lain pangkat (LLP) melaksanakan fungsi dan peranan yang telah digariskan seperti di para 1. Unit-unit di bawah naungannya adalah:
- KD SULTAN IDRIS I - Pangkalan TLDM Lumut, Perak.
- KD SULTAN ISMAIL - Tanjung Pengelih, Johor.
- KD PELANDOK - Pangkalan TLDM Lumut, Perak.
MISI
Menjadi organisasi pendidikan dan latihan bertaraf dunia.
VISI
Membangunkan modal insan yang kompeten.