PEGAWAI WARAN TLDM
PW I TLS (AQM) MOHAMAD NOORFAZLI BIN ARIFFIN
BAT PPS PPA Dip DTM(UTM)
PW I TLS (AQM) Mohamad Noorfazli bin Ariffin dilahirkan di Hospital Dutchess Of Kent Sandakan, Sabah pada 28 Ogos 1979 dan merupakan anak sulung daripada 4 adik beradik. Mula menyertai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada 28 Jun 1999 dan menjalani latihan asas rekrut di KD Pelandok, Pangkalan TLDM Lumut dalam pengambilan intek 182/99 dan telah diserapkan kedalam skim Perantis Diploma Teknologi Marin (DTM).
Sepanjang perkhidmatan beliau telah diperjawatkan di Kapal Sri Inderasakti sebelum beliau diserapkan ke KD Rajawali sebagai teknisyen udara. Setamat kursus di KD Rajawali, beliau diserapkan ke Skuadron 501 yang merupakan skuadron operasi yang mengoperasikan pesawat Super Lynx. Beliau seterusnya telah dipilih untuk mengikuti kursus Air Quartermaster di PULATIBANG 2 di Alor Setar Kedah. Seterusnya be;liau telah menjalani latihan penerbangan di No.3 Skuadron TUDM bersama pesawat Nuri selama hampir 2 tahun. Seterusnya beliau kembali ke Skuadron 501 sebagai Air Quartermaster operasi di unit tersebut. Beliau juga merupakan seorang jurulatih bagi Air Quartermaster bagi Skuadron 501.
Pada tanggal 20 Jan 2020 beliau telah dilantik menjadi seorang Pegawai Waran Markas di Markas Udara. Beliau aktif dan melibatkan diri dalam aktiviti sosial bersama anggota dan masyarakat sekeliling. Beliau juga pernah terlibat dalam beberapa siri latihan dan operasi yang penting sepanjang beliau bertugas. Diantara siri latihan dan operasi yang pernah disertai adalah Bersama LIMA, OSTEX, Kerismas, Taming Sari, SAR MH 370, SAR USS John MC Cain, Ops Fajar 19 dan pelabagai lagi.
MARKAS
TENTERA LAUT
PEGAWAI WARAN MARKAS
PW I JTP (I) MOHD ANIFF BIN MOHD ASLAM
BAT PJK(Sel) PPS PPA
Dilahirkan pada 2 Mei 1975 di Sungai Buloh Selangor. Anak sulung dari tujuh orang adik beradik. Memasuki perkhidmatan TLDM pada 15 Ogos 1996 (Pengambilan 176) di Berek TLDM Woodlands, Singapura seterusnya diserapkan ke Cawangan Pelaut berkepakaran RDP (Radar Plotter). Telah mendirikan rumahtangga bersama Puan Siti Ardianah Yati binti Mahlan dan dikurniakan seorang anak lelaki. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Hutan Melintang dan Sekolah Menengah Dato’ Sagor Langkap Perak.
Sepanjang tempoh perkhidmatan, Pegawai Waran telah diperjawatkan di beberapa buah unit kapal dan pangkalan iaitu KD LEKIR, KD JERAI, KD LAKSAMANA TUN ABDUL JAMIL, Markas Armada TLDM, KD JEBAT, KD PENDEKAR, Markas Wilayah Laut I, KD KASTURI dan PUSTAKMAR. Pegawai Waran juga telah berpeluang untuk mengikuti Kursus Pengendalian CMS TACTICOS, DA 08, WM22 dan IFF bagi projek SLEP KD KASTURI di Hengelo Belanda pada 2012 dan 2013. Selain itu, Pegawai Waran aktif dalam sukan bola sepak dan futsal yang dianjurkan unit.
Bagi mengiktiraf Pegawai Waran yang sentiasa komited dan berdisiplin, Pengurusan tertinggi TLDM dan LLP menyokong dan bersetuju untuk Pegawai Waran dilantik sebagai Pegawai Waran Markas (PWM) bagi Markas Pemerintahan Armada Barat yang ke-4 mulai 10 Mei 21.
PEMERINTAHAN
ARMADA BARAT
PW I PAP(GI) SHAHAIRUL NIZAD BIN SAHLIN
PJK PPS PPA
PW I PAP(GI) Shahairul Nizad bin Sahlin dilahirkan pada 18 Sept 1981 di No 65 Lorong Fasa 1, Taman Seri Wang, 02600 Arau, Perlis. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Tengku Budriah Arau Perlis. Beliau kemudian melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan Arau Perlis sehingga tingkatan 5. Beliau mendirikan rumahtangga dengan Puan Noor Bazura binti Yakkob pada 4 Jun 2005 dan belum dikurniakan cahaya mata.
Minat terhadap pakaian berunifom dan keinginan yang mendalam sejak dibangku sekolah serta mejadikan ayah beliau seorang bekas SMR Semboyan sebagai contoh didalam kerjaya beliau, beliau memohon menyertai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada awal tahun 2000 melalui Pengambilan 185/01 dengan menduduki temuduga pengambilan yang dianjurkan TLDM di Kangar Perlis. Cita-cita beliau menjadi kenyataan apabila diterima berkhidmat pada 31 July 2000. Selepas menamatkan latihan asas ketenteraan di PULAREK Tg.Pengelih Johor, beliau telah diterima masuk ke Cawangan Kepakaran PPP (PAP).
Dengan kepercayaan yang diberikan oleh peringkat tertinggi TLDM beliau berminat untuk menyambung perkhidmatan sehingga ke 26tahun. Dalam Perkhidmatan beliau telah ditempatkan dibeberapa unit kapal TLDM seperti KD MAHAWANGSA, KD BELADAU DAN KAPAL AUKSILIARI TUN AZIZAN sebagai Bintara Persenjataan di pusat Operasi Armada Wilayah Laut 2. Selain itu juga beliau diperjawatkan di beberapa unit pangkalan seperti KD Malaya, MPPL, Protela Lumut, Protela Sandakan, MPAT(N1) seterusnya pada 15 July 2022 beliau dilantik sebagai Pegawai Waran Markas (PWM) Markas Pemerintahan Armada Timur.
Sepanjang kerjaya, beliau turut terlibat dalam beberapa operasi sebenar seperti Ops Daulat di Perairan Sabah. Beliau juga terlibat dalam beberapa latihan bersama Negara Asing seperti Kapal Filipina di sekitar perairan negara.
Beliau melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan cemerlang dan mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang Pelaut dan TLDM, ia membolehkan beliau menguasai bidang tugasnya serta dapat melatih dan menjadi Jurulatih Profesional di KD SRI SANDAKAN serta boleh membimbing & memimpin anggota bawahan dengan kemahiran dan kepakarannya sendiri.
Sumbangan dan khidmat bakti yang beliau berikan amatlah mulia dan patut dipandang tinggi. Beliau merupakan seorang yang suka mengambil berat tentang kebajikan dan memberikan ketelitian tugas terhadap anggota dibawah naungannya sesuai dengan bidang kuasanya sebagai Pegawai Waran. Komitmen, dedikasi, pencapaian bukan sahaja timbul daripada menunaikan kewajipannya, tetapi kesanggupan berkorban tenaga dan masa dengan mengetepikan kepentingan peribadi demi berkhidmat untuk Bangsa dan Negara. Sumbangan beliau telah terbukti dengan baik kerana beliau telah dianugerahkan oleh Tengku Raja Perlis iaitu Pinggat Jasa Kebaktian pada 13 Jun 2022 di Istana Arau Perlis dan beberapa Sijil Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 2017 serta anugerah bintara berkualiti pada tahun 2021.
Kewibawaan serta khidmat bakti yang dipamerkan bukan sahaja kerana kewajipan tetapi juga kerana sifat taat setia kepada perkhidmatan dan sikap kepewiraan yang tidak pernah mementingkan diri sendiri. Dengan pengetahuan ketenteraan, pengalaman yang luas dan sikap profesional yang tinggi selaras dengan pangkat serta seorang yang dedikasi dalam memberikan yang terbaik pada perkhidmatan beliau telah diberi kepercayaan untuk menyandang jawatan sebagai Pegawai Waran Markas di Markas Pemerintahan Armada Timur pada 15 July 2022. Markas Pemerintahan Armada Timur TLDM kini memegang Unit Bawah Naungan (UBN) seperti kapal-kapal di Tambatan Pangkalan TLDM Kota Kinabalu, Gugusan Semarang Peninjau, Stesen Udara Kota Kinabalu.
PEMERINTAHAN
ARMADA TIMUR
PW I TMS ANUAR BIN HJ SAHRAN
PPS PPA
PW I TMS Anuar bin Hj sahran dilahirkan di Felda Chemplak Barat, labis Johor pada 13 Mac 1977. Beliau merupakan anak bungsu daripada 9 adik beradik. Mula menyertai Perkhidmatan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada 23 Disember 1996 dan menjalani latihan asas rekrut di Pularek Woodlands, Singapura dalam pengambilan intek 177/96 dan telah diserapkan kedalam skim Perantis Kimpu berkeparan Teknisyen Marin Srimala (TMS).
Sepanjang perkhidmatan beliau telah diperjawatkan di Kapal dan unit-unit dalam TLDM diantaranya KD HANG TUAH, KD MUSYTARI, KD KASTURI,KD SRI INDRASAKTI, KD PELANDOK, Depot Senggaraan Armada, UPS TLDM Lumut, KD SRI SANDAKAN, Depot Logistik Wilayah Laut 2, Depot Logistik Wilayah Laut 1, MPPL TLDM dan Markas Tentera Laut Cawangan Prasarana. Pada tanggal 29 Oktober 2021 beliau telah dilantik menjadi seorang Pegawai Waran Markas Wilayah Laut 1.
Beliau aktif dan melibatkan diri dalam aktiviti sosial bersama anggota dan masyarakat sekeliling. Beliau juga pernah terlibat dalam beberapa siri latihan dan operasi yang penting sepanjang beliau bertugas. Diantara operasi yang pernah disertai adalah Ops Fajar 08/09 dan pelbagai lagi. Beliau telah mendirikan rumahtangga bersama Puan Liyana binti Ahmad dan dikurniakan 3 cahaya mata, 2 Perempuan dan 1 Lelaki . Beliau juga aktif dalam aktiviti sukan yang telah dianjurkan oleh Markas dan Unit dan pernah mewakili TLDM dalam sukan petanque dan ragbi. Beliau juga mudah didekati dengan masyarakat setempat dan mudah bergaul dengan anggota bawahan serta pegawai.
WILAYAH
LAUT 1
PW I PRL MOHD ISKANDAR MIRZA BIN ISHAK
PPS PPA
PW I PRL Mohd Iskandar Mirza bin Ishak dilahirkan di Hospital Besar Kluang, Johor pada 6 Nov 1984 dan merupakan anak kelapan dari dua belas adik beradik. Mula menyertai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada 20 Julai 2005 dan menjalani latihan asas rekrut di KD SULTAN Ismail Pusat Latihan Perajurit Muda TLDM. Merupakan pengambilan 196 dan telah diserapkan ke cawangan pelaut dalam kepakaran Regulating Rating (RGR). Sepanjang perkhidmatan beliau telah diperjawatkan di beberapa buah kapal dan pangkalan. Antara kapal - kapal yang beliau pernah berkhidmat ialah KD PARI, KD SRI TIGA. Manakala perkhidmatan di pangkalan – pangkalan TLDM adalah KD SRI SANDAKAN, KD SRI MEDINI, Cawangan Penyiasatan Khas (CPM ATM Johor baharu), Protela Lumut, Markas Wilayah Laut 2 dan sekarang di Markas Wilayah Laut 2 sebagai PEGAWAI WARAN MARKAS.
Pada tanggal 4 Feb 2022, beliau telah pun dilantik menjadi seorang Pegawai Waran Markas di Markas Wilayah Laut 2 Sandakan Sabah dan sebagai pengiktirafan didalam perkhidmatan, turuti jua melibatkan diri dalam kerja kerja amal serta sosial bersama anggota dan masyarakat disekelilingnya. Beliau mudah berinterasi bersama anggota dan pegawai serta semua lapisan masyarakat setempat dan melaksanakan aktiviti keagamaan dan aktif jua didalam bidang sukan yang ada. Semasa perkhidmatannya, beliau terlibat secara tidak langsung menjalani pelbagai eksesais bersama kapal-kapal perang dari negara asing seperti Filipina. Kewibawaan serta dedikasi yang telah ditunjukkan bukan sahaja timbul dari kewajipan terhadap tugas malah didorong oleh sifat taat setia kepada negara serta tidak mengutamakan kepentingan peribadi. Atas kegigihan, ketaatsetiaan kepada negara dan perkhidmatan dan sikap profesional dalam pelaksanaan tugas.
Beliau telah mendirikan rumahtangga bersama Puan Junidah binti Saripudin dan kini telah dikurniakan 3 orang cahaya mata iaitu 2 lelaki dan seorang perempuan dan kini menetap di Lorong 2 Blok 18 Lot E160 Taman Airport Batu 7,90000 Sandakan,Sabah.
WILAYAH
LAUT 2
PW I KOM (I) SARFARIZAL BIN MD SAAD
PPS PPA
Merupakan anak kelahiran Pulau Langkawi, Kedah. Anak sulung daripada 6 beradik ini lahir pada 23 Jan 1977. Memasuki perkhidmatan TLDM pada 28 Jun 1999 dari pengambilan 182/99 dan telah diserapkan ke Cawangan Pelaut berkepakaran Komunikasi Taktikal (KMT). PW I KOM (I) Sarfarizal bin Md Saad telah mendirikan rumahtangga bersama Puan Hasna binti Ab Wahab yang berasal dari Jerantut, Pahang pada 31 Ogos 2003 dan kini bertugas sebagai Jururawat di Klinik Kesihatan Pulau Pangkor, Perak. Hasil perkahwinan, beliau telah dikurniakan 3 orang cahayamata. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Ulu Melaka dan Sekolah Menengah Tuanku Putra, Pulau Langkawi, Kedah sebelum menduduki peperiksaan STPM di Sekolah Menengah Mahsuri, Pulau Langkawi, Kedah.
Sepanjang tempoh perkhidmatan, PW I KOM (I) Sarfarizal bin Md Saad pernah berkhidmat dibeberapa Unit Pangkalan dan juga kapal-kapal TLDM seperti ex KD SRI SARAWAK, SKTLDM Kuantan, KD MAHAWANGSA, SKTLDM Lumut, KD LEKIU, Pusat Sumber Maritim dan Sejarah TLDM (PUSMAS TLDM), KD JEBAT, KD PELANDOK dan kini diperjawatkan sebagai Pegawai Waran Markas bagi Markas Pemerintahan Pendidikan dan Latihan (MPPL). Beliau pernah menjadi salah seorang daripada pengubal buku rujukan Malaysian Communication Publication Vol II (MANCO Vol II) bagi edisi 2013 dan terbaru edisi 2019. Selain itu, beliau juga merupakan Pegawai Waran yang bertanggungjawab bagi Penambahbaikan Sistem Latihan dan Silibus Komunikasi pada 2012 dan 2018. Beliau juga merupakan pengendali sistem latihan Fleetwork Trainer Simulator sejak ia ditambahbaik sistem sedia ada dan merupakan Subject Matter Expert (SME) di dalam kepakaran Komunikasi. Sepanjang perkhidmatan PW I KOM (I) Sarfarizal bin Md Saad juga telah diberi peluang untuk mengikuti beberapa kursus seperti Kursus Telegon Migrate 10, Kursus Penulisan Bahasa, Kursus kendalian Communication On The Move (COTM), Kursus Peperangan Elektronik, Kursus SATCOM ATM dan beberapa kursus yang lain. Mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang tinggi di dalam kepakaran Komunikasi terutamanya Komunikasi Taktikal, beliau sering kali dipanggil untuk menjadi tenaga pengajar bagi kapal-kapal mahupun terlibat dengan Tim Penilai apabila kerjasama diantara Markas Kesiagaan TLDM. Seorang yang komited, berdisiplin dan berpengetahuan tinggi, beliau merupakan role model kepada semua peringkat Lain-lain Pangkat terutamanya bagi pelatih-pelatih dibawah Unit Naungan MPPL.
PW I KOM (I) Sarfarizal bin Md Saad juga aktif didalam sukan seperti Bola Sepak dan Futsal. Beliau pernah mewakili unit dalam beberapa pertandingan anjuran Markas Formasi. Bagi mengisi masa lapang beliau lebih suka beriadah bersama keluarga. Dengan kepercayaan daripada pucuk pimpinan tertinggi MPPL, PW I KOM (I) Sarfarizal bin Md Saad telah dilantik secara rasminya pada 18 Apr 2019 sebagai Pegawai Waran Markas bagi Markas Pendidikan dan Latihan TLDM.
PEMERINTAHAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN TLDM
PW I PRL IRWAN FAIROZ BIN MAT ARIFF
BAT PPS PPA
PW I PRL Irwan Fairoz bin Mat Ariff dilahirkan pada 08 Sept 1979 di Hospital Besar Ipoh dan dibesarkan di Felda Gunung Besout 5, Sungkai Perak. Berkahwin dengan Puan Hayati binti Jamal dan dikurniakan 5 orang anak lelaki. Mula berkhidmat dengan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada 27 Oktober 1999 di Pusat Latihan Pengambilan Pangkalan TLDM Lumut dan dimasukkan ke Cawangan Provos Tentera Laut (PRL).
Sepanjang perkhidmatannya, beliau telah berkhidmat dikapal dan unit pangkalan bermula KD Sri Tawau, PROTELA Labuan, PROTELA Kota Kinabalu, CPK Selangor, KD Sultan Abdul Aziz Shah, SKTLDM Lumut, Depot Bekalan Armada, KD Selangor, Markas Pemerintahan Kesiagaan TLDM dan Markas Pemerintahan Armada Barat.
Di samping itu, dia juga berjaya lulus kursus kerjaya dan kursus sampingan seperti Kursus Fasilitator dan Jatidiri, Kursus Training Of Trainer (TOT) PEMADAM, Kursus Training Of Trainer (TOT) Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Pengendalian Kursus Mahkamah Tentera, Kursus Anti Narkotik, Kursus Asas Penyiasatan, Kursus Pengadilan Ujian Dadah Dalam Air Kencing, Kursus Pengiring Orang Kenamaan dan Litupan Keselamatan, Kursus Penyiasatan Dalaman dan Kursus Pengurusan Keselamatan.
Sebagai tanda penghargaan atas perkhidmatannya yang cemerlang, TLDM telah menganugerahkannya dengan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) pada tahun 2007 di Unit Protela Kota Kinabalu, Anugerah Kualiti dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang di KD Sultan Abdul Aziz Shah serta Markas Pemerintahan Kesiagaan TLDM dan Anugerah Kualiti di Depot Bekalan Armada. Dia adalah orang yang positif dalam pekerjaan yang telah diamanahkan dengan sifat kepemimpinan dan disiplin yang telah menjadi bawahan dan telah menunjukkan dedikasi dan komitmen dalam melaksanakan tugasnya. Dia juga pernah memegang jawatan sebagai Pegawai Waran pertama (PWM) untuk Markas Pemerintahan Kesiagaan TLDM pada 17 Disember 2018 sejak ia ditubuhkan sehingga 13 Dis 2019. PW I PRL Irwan Fairoz bin Mat Ariff dilantik sebagai Pegawai Waran keempat (PWM) Pusat Hidrografi Nasional pada 18 Jun 2020.
PUSAT HIDROGRAFI NASIONAL
PW I TLS SHAHRULNIZAM BIN SULAIMAN
PPS PPA BoM (HONS) (UNITAR) Dip Tek Marin (UTM)
Merupakan anak kelahiran Bandaraya Ipoh, Perak. Anak sulung daripada 6 orang adik beradik. Memasuki perkhidmatan TLDM pada 28 Oktober 1999 (Pengambilan 183) dan diserapkan ke Perantis Diploma Teknologi Marin dalam Cawangan Teknikal berkepakaran Teknisyen Marin Elektrikal Sistem (TME(S)) sebelum cawangan tersebut ditukarkan kepada Teknisyen Lektrik Senjata (TLS). Telah mendirikan rumahtangga bersama Puan Farah Ashikin binti Zamberi yang merupakan seorang guru yang kini mengajar di Sekolah Kebangsaan TLDM Kota Kinabalu. Hasil perkahwinan PWM dikurniakan 2 orang anak lelaki. Telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Sri Kinta Ipoh dan memperolehi keputusan SPM Pangkat 1 di Sekolah Menengah Anderson Ipoh.
Sepanjang tempoh perkhidmatan, beliau telah ditugaskan di beberapa unit kapal dan pangkalan TLDM antaranya ialah UPS TLDM Lumut, DSA Lumut, Ex-KD Rentaka, RMN Stn Sierra, KD Malaya (tumpangan refresher course untuk persiapan kursus kapal selam), SM Pemb MkTL (tumpangan kursus kapal selam), Markas Angkatan Kapal Selam (Staf Sistem Kombat) dan Pusat Latihan Kapal Selam (Jurulatih Sonar Akustik).
Semasa perjawatan di unit-unit TLDM, beliau pernah diamanahkan sebagai:
1. Ketua Bahagian Jurutera RMN Stn Sierra.
2. Pegawai Pemeriksa Aset (2017-2019).
3. Tim Pengendali Papan Suis Utama Bekalan Kuasa Darat ke Kapal Selam
4. Tim Pemunggahan Black Shark Torpedo dan Misil SM39 ke Kapal Selam.
5. Ahli Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) dari tahun 2015 hingga 2018 peringkat Markas (tempat pertama), AITL (tempat kedua) dan
peringkat akhir AIKP.
6. Koordinator Projek Jiwa Murni untuk tiga tahun (2015 - 2018).
Sepanjang perkhidmatan di dalam TLDM, selain menjalani kursus kerjaya yang menyokong perjalanan karier beliau, beberapa kursus tambahan telah dilalui dengan jayanya seperti:
1. Diploma Teknologi Marin.
2. Kursus Kelayakan Tahap 1 Kapal Selam.
3. Kursus Prejoining Maintenance Kapal Selam.
4. Kursus Pengendalian Papan Suis Utama Bekalan Kuasa Darat ke Kapal Selam.
5. Kursus Pemunggahan Black Shark Torpedo dan Misil SM39 ke Kapal Selam.
6. Kursus MS ISO dan OHSAS.
7. Kursus Pengendalian Aset.
9. Kursus Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB).
Sikap ingin mencabar kemampuan diri yang beliau miliki telah mendorong PW untuk mengikuti Program K-Force dan berjaya memiliki segulung Ijazah Sarjana Muda Pengurusan pada Disember 2017.
Perkhidmatan TLDM telah mengiktiraf kecemerlangan beliau seperti berikut:
1. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang - 2014.
2. Anugerah Bintara Kreatif dan Berkualiti Suku Tahun Kedua Markas Angkatan Kapal Selam – 2016.
3. Calon Anugerah Bintara Terbaik TLDM - 2016.
4. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang - 2017.
Sentiasa bergiat aktif dalam aktiviti sukan seperti larian, hiking dan bowling. Sentiasa mengikuti acara larian yang dianjurkan di sekitar Kota Kinabalu dan secara konsisten menyertai virtual run 42 km setiap bulan dalam tahun 2019.
Penglibatan aktif dan sikap terbuka yang ditunjukkan beliau di kawasan taman perumahan amat disenangi jiran tetangga di Taman Seri Indah Kota Kinabalu. Penglibatan positif dalam aktiviti sosial dan keagamaan yang ditunjukkan oleh PW mampu melonjak imej TLDM pada pandangan masyarakat.
Sikap kerjasama, toleransi dan sentiasa positif adalah menjadi antara elemen-elemen beliau dicalonkan sebagai Pegawai Waran Markas bagi Markas Pemerintahan Angkatan Kapal Selam mulai 21 Okt 19.
PEMERINTAHAN
KAPAL SELAM
PW I JTP (I) ROBIN ANAK JELIAN
PKN PPS PPA
Sepanjang tempoh perkhidmatan beliau telah diperjawatkan di beberapa buah kapal dan pangkalan TLDM iaitu KD SRI SABAH, KD GEMPITA, KD MAHAWANGSA, KD SERANG, Pusat Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim (PPPM), Bilik Operasi Markas Pemerintahan Armada, Bilik Operasi Markas Wilayah Laut 2, Pejabat Operasi KD SRI SEMPORNA - Unit 2 PASKAL, Bilik Operasi Bersama Markas Angkatan Tugas Bersama 2, Pejabat Malaysian Maritime Command Center (MMCC), Markas Tentera Laut di Bahagian Operasi dan Strategi, Pusat Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim (PPPM). Beliau pernah diberi kepercayaan oleh Majlis Keselamatan Negara sebagai Bintara Perhubungan bersama Delegasi Malaysia bagi Lawatan Kerja ke Maritime Command Center Tarakan, Indonesia. Beliau juga pernah terlibat dengan latihan bersama Negara-Negara Luar seperti Thailand, Singapura, Filipina, Kemboja dan Indonesia.
WILAYAH
LAUT 3
PW I PAP (GI)(PKL) MOHD NOOR ISKANDAR BIN JOHARI
PNBB (Lubnan) PPS PPA UNIFIL
PEMERINTAHAN
PASUKAN KHAS LAUT
PW I TLS MOHD SAZALI BIN YAACOB
PPS PPA Dip Tek Marin (UTM)
Dilahirkan pada tanggal 7hb September 1978, di Tanah Merah,Kelantan. Merupakan anak keempat dari 10 adik beradik. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Bechah Laut. Meneruskan persekolahan peringkat menengah di Sekolah Menengah Batu Gajah, Tanah Merah, Kelantan. Memasuki perkhidmatan TLDM pada 1 Mac 1999 (Intake 181/99) dan menjalani latihan asas rekrut di KD PELANDOK, Pangkalan TLDM Lumut. Kemudian diserapkan ke Cawangan Kejuruteraan dalam skim perantis Diploma Teknologi Merin, kerjasama TLDM- UTM.
Sepanjang perkhidmatan beliau, unit- unit yang pernah ditempatkan adalah seperti DEPOH SENGGARAAN ARMADA , UPS Lumut dan kapal KD SUNDANG,bagi mengikuti Latihan Sambil Kerja( LSK). Mengisi perjawtan di kapal KD MAHAMIRU (Sep 2003 - Okt 2004), sebelum diserapkan ke KD Rajawali bagi mengikuti kursus asas sebagai Juruteknik Pesawat. Setamat kursus di KD Rajawali, beliau diserapkan ke Skuadron 501 yang mengoperasikan pesawat Super Lynx Mk 100. Beliau juga merupakan seorang jurulatih bagi kepakaran Weapon Electrical. (2009 - 2017). Juga dperjawatkan sebagai Quality Assurance (2017- 2019).
Beliau juga lulus dan pemegang status Aircraft Charge Certificate pada 2014, iaitu status paling tinggi dalam hirarki Juruteknik Pesawat. Beliau juga dilantik sebagai Flight Senior Maintenance Rating (FSMR) dan terlibat dalam pengoperasian helikopter di kapal.
Sepanjang berkhidmat di Skuadron 501, banyak operasi dan latihan telah terlaksana. Pengalaman detasemen di kapal- kapal milik TLDM seperti Frigate Class dan NGPV Class. Antara operasi serta latihan yang terlibat ialah EX- Taming Sari, EX-Kerismas, EX- BERSAMA LIMA, EX- CARAT, EX- KAKADU. Misi mengiring pulang kapal selam, KD TUN ABDUL RAZAK dari Oman, Mesir ke PTKK Teluk Sepanggar, Sabah, dan banyak lagi.
Tanggal 3 Ogos 2021, beliau telah dilantik menjadi seorang Pegawai Waran Markas di Markas Udara TLDM. Beliau juga aktif dan melibatkan diri dalam aktiviti sosial bersama anggota dan masyarakat sekeliling.
Beliau telah mendirikan rumahtangga dengan Puan Noazura binti Mohd pada 27 Ogos 2004 dan dikurniakan 3 cahaya mata.
MARKAS UDARA
TLDM
PW I PLM AZMAN NIZAM BIN ABDULLAH
PPS PPA
PW I PLM Azman Nizam bin Abdullah telah dilahirkan pada tanggal 11 April 1982, di Ranau, Sabah. Merupakan anak ke3 daripada 6 adik beradik. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Togop Darat. Meneruskan persekolahan peringkat menengah di Sekolah Menengah Lohan Ranau, Sabah. Telah mendirikan rumah tangga bersama Puan Nurul Wahidah binti Hamzah dan dikurniakan empat orang cahaya mata.
Pegawai Waran Memasuki perkhidmatan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada 28 Mei 01 dan akan menamatkan perkhidmatan genap 26 tahun pada 27 Mei 27. Beliau merupakan Pengambilan intek 187/01 dan menjalani latihan rekrut di Pusat Latihan KD SULTAN ISMAIL, Johor. Seterusnya beliau telah diserapkan ke Cawangan Pelaut di dalam kepakaran Penyelam Ranjau. Sepanjang 20 tahun perkhidmatan, beliau pernah ditugaskan di kapal-kapal dan pangkalan TLDM antaranya KD LEDANG, KD MAHAMIRU, Pusat Selam, MAWILLA 1, RMN SSC, KD DUYONG, MPPL TLDM dan Mk SPPA.
Sebelum Pegawai Waran dilantik sebagai PWM Mk SPPA, beliau telah melalui proses temuduga lembaga pemilihan yang diketuai oleh YBhg Laksamana Pertama Abdullah Sani bin Ismail, Panglima Selam dan Peperangan Periuk Api (Mk SPPA) pada 6 Ogos 21. Setelah melalui proses pemilihan dan penilaian, YBhg Panglima bersetuju dan menamakan PW I PLM Azman Nizam bin Abdullah kepada YBhg Timbalan Panglima Tentera Laut untuk Kelulusan. YBhg Timbalan Panglima Tentera Laut telah meluluskan Pegawai Waran tersebut sebagai Pegawai Waran Markas Mk SPPA. Majlis perlantikan PWM secara rasmi oleh YBhg Panglima telah dilaksanakan pada 24 Sep 21. Perlantikan Pegawai Waran Markas Selam dan Peperangan Periuk Api yang kedua sejak jawatan ini diperkenalkan pada tahun 2015.
Sepanjang tempoh perkhidmatan, beliau telah menghadiri pelbagai kursus profesional dan ketenteraan antaranya, Kursus Teknik Mengajar. Kursus Kawalan Mutu, Kursus Analisis dan Reka Bentuk, Kursus Explosive Ordance Disposal (EOD), Kursus Juruaudit Kualit Dalaman, Kursus Jati Diri dan Pembinaan Pasukan, Kursus Operasi Udara, Kursus Sains Sukan Tahap 1 dan Kursus bola sepak AFC ‘C’ Coaching Certificate. Beliau juga aktif dalam sukan bola sepak dan pernah mewakili TLDM sehingga ke peringkat ATM dan kini merupakan jurulatih bola sepak TLDM dan pernah di Anugerahkan Kecemerlangan Sukan TLDM.
SELAM DAN PEPERANGAN PERIUK API
PW I JTP(H)(I) FAIRULL SALEHEN BIN JA'AFAR
PPS PPA
PW I JTP (H)(I) Fairull Salehen bin Ja’afar dilahirkan pada 26 Mac 1983 di Kg Sri Lukut Kahang Bt 28 Kluang Johor. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Felda Tenggaroh 02 Mersing Johor. Beliau kemudian melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan Tenggaroh A sehingga tingkatan 5. Beliau membina rumahtangga dengan Puan Norhidayati binti Othaman pada 22 Disember 2006 dan telah dikurniakan 4 cahaya mata, 2 anak perempuan dan 2 anak lelaki.
Berbekalkan minat dan keinginan yang mendalam sejak di bangku sekolah, beliau memohon menyertai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada awal tahun 2000 (Pengambilan 187/01) dengan menduduki temuduga pengambilan yang dianjurkan TLDM di Kluang Johor. Cita-cita beliau menjadi kenyataan apabila diterima berkhidmat pada 28 Mei 2001. Selepas menamatkan latihan asas ketenteraan di PULAREK Tg. Pengelih Johor, beliau telah diterima masuk ke Cawangan Kepakaran RDP (JTP).
Dengan kepercayaan yang diberikan oleh peringkat tertinggi TLDM beliau berminat untuk menyambung perkhidmatan sehingga ke 26 tahun. Dalam Perkhidmatan beliau telah ditempatkan dibeberapa unit kapal TLDM seperti KD BELADAU, KD LEDANG, KD PERDANA, KD SRI INDERAPURA, KD SRI INDERASAKTI sebagai staf Navigasi dan KD SELANGOR sebagai Serang 2 dan Penyelia pusat Operasi. Selain itu juga beliau di perjawatkan di beberapa unit pangkalan seperti PASKAL, Skn 502, Pustakmar, MPPL (N7), KDSI Tg.Pengelih, MCC Tawau, MPAT (N5) dan MPKS (N7) seterusnya pada 25 Mac 2022 beliau dilantik sebagai Pegawai Waran Markas (PWM) Markas Pemerintahan Pasukan Simpanan TLDM Sg.Lunchu Johor. Berbekalkan minat dan keinginan yang mendalam beliau mempunyai 4 kepakaran tambahan yang diguna pakai didalam TLDM termasuk Jurulatih Kepakaran JTP (I), Helicopter Contoller (H), Pegawai Geladak Penerbangan (FDO) dan Perhubungan Strategik PR (N7).
Sepanjang kerjayanya, beliau turut terlibat dalam beberapa operasi sebenar seperti menyelamatkan 2x kapal MISC di tawan lanun di Somalia, Op Orkim Harmoni dan Ops Daulat di Perairan Sabah. Beliau juga terlibat dalam beberapa latihan-latihan bersama Negara Asing seperti CARAT, Bersama SHELL, Bersama LIMA, Bersama GOLD, MALZEA, BRUMAL, MALFHI dan MALPURA di sekitar perairan negara dan juga di luar negara. Selain itu, beliau turut terlibat dalam lawatan operasi di luar negara seperti Thailand, Combodia, Indonesia, Australia, New Zealand, Singapura, Oman, Yaman, Djibouti, Somalia, Filipina, Brunei, Afrika selatan dan India.
Sepanjang kerjayanya di TLDM, beliau telah dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan cemerlang. Dengan pengetahuan yang luas dalam bidang Pelaut dan TLDM, ia membolehkan beliau menguasai bidang tugasnya serta dapat melatih dan menjadi Jurulatih Profesional di KDSI Tg.Pengelih serta boleh membimbing & memimpin anggota bawahan dengan kemahiran dan kepakarannya sendiri.
Sumbangan dan khidmat bakti yang beliau berikan amatlah mulia dan patut dipandang tinggi. Beliau merupakan seorang yang suka mengambil berat tentang kebajikan dan memberikan ketelitian tugas terhadap anggota di bawah naungannya sesuai dengan bidang kuasanya sebagai Pegawai Waran. Komitmen, dedikasi, pencapaian bukan sahaja timbul daripada menunaikan kewajipannya, tetapi kesanggupan berkorban tenaga dan masa dengan menyerahkan kepentingan peribadi demi perkhidmatan dan mereka yang ingin berkhidmat untuk Bangsa dan Negara. Sumbangan beliau telah terbukti dengan baik kerana beliau telah dianugerahkan beberapa Sijil Perkhidmatan Cemerlang, antaranya pada tahun 2016 dan 2018 serta anugerah bintara berkualiti 2019.
Kewibawaan serta khidmat bakti yang dipamerkan bukan sahaja kerana kewajipan tetapi juga kerana sifat taat setia kepada perkhidmatan dan sikap kepewiraan yang tidak pernah mementingkan diri sendiri. Dengan pengetahuan ketenteraan, pengalaman yang luas dan sikap profesional yang tinggi selaras dengan pangkat serta seorang yang dedikasi dalam memberikan yang terbaik pada perkhidmatan beliau telah diberi kepercayaan untuk menyandang jawatan sebagai Pegawai Waran Markas yang pertama di Markas Pemerintahan Pasukan Simpanan TLDM pada 25 Mac 2022. Markas Pemerintahan Pasukan Simpanan TLDM kini memegang Unit Bawah Naungan (UBN) seperti KD SRI MEDINI, KD SRI KLANG, KD SRI PINANG, KD SRI MANJUNG, KD SRI KUANTAN, PSTL Setiu, PSTL Kuching, PSTL Labuan, KD SRI LIKAS, KD SRI SANDAKAN dan KD SRI TAWAU.
PASUKAN SIMPANAN
PW I PNK YUSSEIDI BIN YUSUF
BAT PJK PPS PPA
PW I PNK Yusseidi bin Yusuf telah dilahirkan pada tanggal 8 Disember 1977 di Kulim, Kedah. Merupakan anak ke-2 daripada lima adik beradik. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Jenis (Cina) Karangan Kulim Kedah. Meneruskan persekolahan peringkat menengah di Sekolah Menengah Agama Insaniah Jangkang Kulim, Kedah. Telah mendirikan rumah tangga bersama Puan Rusniza binti Ismail dan dikurniakan lima orang cahaya mata.
Pegawai Waran mula memasuki perkhidmatan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada 28 Jun 99 dan akan menamatkan perkhidmatan genap 26 tahun pada 27 Jun 25. Beliau merupakan Pengambilan 182/99 dengan menjalani Latihan Asas Rekrut di Pusat Latihan Rekrut KD PELANDOK. Seterusnya beliau telah diserapkan ke Cawangan Bekalan di dalam kepakaran Kerani Am (KNA) yang kini dikenali sebagai Pentadbiran dan Kewangan (PNK). Sepanjang 24 tahun dalam perkhidmatan, beliau pernah ditugaskan di kapal-kapal dan pangkalan TLDM antaranya KD PELANDOK, KD LEKIR, SKTLDM Parit, Pusat Taktik Maritim (PUSTAKMAR), MkTL Cawangan Pengurusan Sumber Manusia-LLP, MPPL TLDM dan unit terkini di Markas Logistik Barat (MkLB).
Sebelum Pegawai Waran dilantik sebagai PWM MkLB, beliau telah melalui proses temuduga lembaga pemilihan yang dipengerusikan oleh YBhg Laksamana Pertama Saiful Bahri bin Baharudin, Panglima Logistik Barat (PANGLOB) pada 8 Mei 23. Setelah melalui proses pemilihan dan penilaian, pihak pengurusan tertinggi TLDM telah bersetuju melantik PW I PNK Yusseidi bin Yusuf sebagai Pegawai Waran Markas MkLB. Majlis perlantikan PWM secara rasmi oleh YBhg PANGLOB telah dilaksanakan pada 22 Jun 23. Perlantikan PWM MkLB ini merupakan yang kedua sejak jawatan ini diperkenalkan pada tahun 2015.
Sepanjang tempoh perkhidmatan, beliau telah menghadiri pelbagai kursus profesional dan ketenteraan antaranya, Kursus Pengurusan Rekod Jabatan, Kursus Internal Quality Auditor (IQA), Kursus Pengurusan Rekod Pembantu Tadbir, Kursus Flight Deck Officer (FDO), Kursus Kepemimpinan Pegawai Waran 1/22, Kursus Pembangunan e-Courseware bagi Sistem e-Pembelajaran dan Kursus Pembangunan Bahan Pengajaran Bertulis (WIM). Beliau juga memiliki diploma dalam bidang Pengurusan Perniagaan (UNITAR) dan pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan (Sains Politik) dari Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang. Beliau amat meminati bidang penulisan dan pernah menghasilkan beberapa artikel untuk disumbangkan kepada Majalah Samudera dan Buletin The Queen. Beliau juga aktif dalam sukan bola sepak, futsal dan badminton, dan pernah mewakili Markas Formasi dalam pertandingan badminton acara berpasukan di peringkat Kejohanan Mini Olimpik.
Beliau seorang yang positif dan sentiasa menunjukkan minat yang mendalam dalam mempelajari perkara-perkara baharu terutamanya dalam Cawangan Bekalan dan Urusetia. Mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang luas dalam bidang pentadbiran pejabat dan bahagian bekalan & urusetia. Di atas kecemerlangan yang ditunjukkan, beliau telah dianugerahkan dengan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang sebanyak 5 kali iaitu pada tahun 2004, 2008, 2011, 2015 dan 2017. Bagi mengenang jasa dan pengorbanan yang dicurahkan kepada TLDM yang seharusnya dibanggakan, beliau juga telah dikurniakan dengan Pingat Jasa Kebaktian Negeri Perak pada 2012 dan Pingat Bentara Angkatan Tentera (BAT) pada 2020.
LOGISTIK BARAT
PW I TNL MUHAMMAD NOR AIMAN BIN ABDULLAH
PPS PPA
Beliau merupakan Pegawai Waran Markas (PWM) yang pertama dilantik sebagai Pegawai Waran Markas Logistik Timur (PWM Mk LT). Beliau merupakan anak kelahiran negeri Melaka. Beliau menyertai Tentera Laut Diraja Malaysia pada Mac 2000 selepas menamatkan pengajian di Sekolah Menengah Tuanku Abdul Rahman, Batu Arang, Selangor. Beliau menjalani latihan rekrut di Pusat Latihan Rekrut Tentera Laut Diraja Malaysia (PULAREK TLDM) Tanjung Pengelih, Johor. Merupakan pengambilan pertama yang berjaya menamatkan latihan rekrut dipusat latihan tersebut.
Sepanjang perkhidmatan, beliau diperjawatkan dengan pelbagai jawatan. Antaranya KD HANG TUAH, KD SRI TAWAU, KD SULTAN ISMAIL, PUSAT KEPIMPINAN TLDM, DEPOT BEKALAN ARMADA, KD SRI INDERASAKTI, KD SRI SANDAKAN, KAPAL AUXILLARI TUN AZIZAN (KA TAZ) , MARKAS LOGISTIK TIMUR dan MARKAS PEMERINTAHAN ARMADA TIMUR. Pengalaman berharga beliau ialah semasa penugasan dalam operasi terhad iaitu OP PASIR dan OP DAULAT BENUA yang melibatkan keselamatan negara.
Selain itu, semasa berkhidmat di KA TAZ beliau terlibat dalam operasi melibatkan intergrasi dengan pihak kepentingan bersama seperti Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan agensi lain seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Malaysia International Shipping Corporation Berhad (MISC Berhad).
Beliau mempunyai pengalaman yang luas hasil daripada perjawatan-perjawatan yang pernah disandang di antaranya ialah Jurulatih Pengajian Kepimpinan (Pertengahan) di Pusat Kepimpinan TLDM, Yang Dipertua Wisma Laskar Depot Bekalan Armada, Ahli Pasukan Bertindak Proses Markas Pendidikan Dan Latihan TLDM (MPPL) bagi Anugerah Kualiti Markas, Ahli Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) KA TUN AZIZAN, Ahli Jawatankuasa Bersama Koordinator Projek Jiwa Murni Markas Logistik Timur dan beberapa jawatan lain lagi. Selain itu, beliau juga pernah terlibat dalam penyediaan kertas kerja awal pengubahsuaian Pangkalan Tentera Laut KD SRI TAWAU pada tahun 2003.
Sepanjang perkhidmatan, beliau juga telah menghadiri beberapa kursus dan seminar. Di antaranya kursus yang telah dihadiri ialah Sistem Latihan (Teknik Mengajar, Analisis dan Reka Bentuk, Kawalan Mutu), Pengurusan Kualiti (ISO 9001:2008), Building English Skills, Crane Operator Course, Developing Dynamic Web Application, Fasilitator EKSA, Flight Deck Officer (FDO), Kursus Asas Lotus Freelance, Kursus Pengurusan Inventori V3, Pengurusan Rekod Kerajaan, Teknik Mengajar (Lanjutan Jurulatih), Kursus Pemantapan Akidah dan Seminar Kefahaman Islam anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Selain itu, beliau juga senantiasa mengasah kemahiran dalam perkhidmatan dan mempunyai beberapa kursus kemahiran tambahan yang telah dipelajari. Antara kursus kemahiran tersebut ialah:
1. Sijil Kemahiran Universiti Teknologi Malaysia Microsoft Server 2003 dan Window XP Professional.
2. Majlis Latihan Vokasional Malaysia, Sijil Kemahiran Malaysia Pembantu Juruteknik Logistik Tahap 1.
3. Jabatan Pembangunan Kemahiran Kementerian Sumber Manusia, Sijil Kemahiran Malaysia Pembantu Juruteknik Logistik Tahap 2.
4. Jabatan Pembangunan Kemahiran Kementerian Sumber Manusia, Sijil Kemahiran Malaysia Penyelia Pembantu Tadbir Sistem Maklumat Tahap 3.
5. Jabatan Pembangunan Kemahiran Kementerian Sumber Manusia, Sijil Kemahiran Malaysia Penyelia Sekuriti Tahap 3.
6. Sijil Kemahiran Institut Tadbir Awam Negara (INTAN) Bidang Imej Digital.
Selain itu, beliau merupakan pemenang Anugerah Laskar Terbaik Markas Pendidikan dan Latihan TLDM (MPPL) bagi tahun 2007 dan seterusnya merupakan calon peringkat akhir Anugerah Laskar Terbaik TLDM 2008. Beliau pernah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang lebih dari 3 kali serta pernah mendapat Surat Penghargaan semasa menamatkan kursus Laskar Kanan di Fakulti Bekalan dan Pengurusan terhadap pencapaian kursus yang cemerlang. Pencapaian tertinggi beliau adalah mewakili TLDM dan menghadiri Sea Power Conference 2019 dan seterusnya menghadiri Westren Pacific Naval Symposium Senior Enlisted Leaders Working Group 2019 (WPNS SELWG) yang merupakan seminar Pegawai Waran (PW) yang melibatkan 24 buah negara yang dianjurkan oleh Tentera Laut Diraja Australia (TLDA) pada 06 hingga 14 Oktober 2019 di Sydney, Australia.
Beliau sudah berumahtangga bersama Puan Noribah binti Harun dan telah dikurniakan 2 cahaya mata perempuan dan seorang lelaki. Beliau sangat minat melancong bersama keluarga dan menikmati keindahan alam semulajadi. Beliau gemar melakukan aktiviti luar bersama keluarga serta jiran tetangga dan rakan-rakan sekerja dengan tujuan mengeratkan tali silaturrahim selain ianya juga menjadi The Way of NAVY’s Life.
LOGISTIK TIMUR
PW I PBK(I) MD SAIDI BIN SIDEK
PPS PPA
PW I PBK(I) Md Saidi bin Sidek memasuki perkhidmatan Tentera Laut Diraja Malaysia pada 30 Mac 2000 di Pusat Latihan Rekrut TLDM Tanjung Pengelih, Pengerang Johor kini dikenali sebagai KD Sultan Ismail Pusat Latihan Perajurit Muda TLDM. Merupakan pengambilan 184 dan telah diserapkan ke cawangan Pelaut berkepakaran Peperangan Bawah Permukaan Kawalan (PBK), telah berkhidmat 21 tahun dalam perkhidmatan dan akan menamatkan perkhidmatan pada 29 Mac 2026 (26 Tahun). Pegawai Waran telah dilahirkan di Kampung Durian Chondong Bukit Kepong Muar Johor telah berumahtangga dengan Puan Norolhuda binti Soap, kini menetap di Blok B5 unit 102 RKTLDM dan telah dikurniakan 4 orang cahaya mata lelaki.
Pegawai Waran pernah menimba pelbagai pengalaman serta mencurahkan bakti di unit-unit seperti KD LAKSAMANA TAN PUSMAH, KD LAKSAMANA HANG NADIM, BOSUN MARKAS ARMADA, BOT TUNDA SATU, KD LEKIU, BENGKEL RIGGERS DEPOT SENGGARA ARMADA, Sekolah Pengajian Ilmu Kelautan KD PELANDOK, MARKAS KESIAGAAN TLDM, Bahagian Pemeriksaan dan Penilaian (N10) MARKAS PEMERINTAHAN ARMADA BARAT dan Sekolah Pengajian Peperangan Bawah Permukaan KD PELANDOK.
Sepanjang perkhidmatan Beliau menunjukkan minat serta hasrat yang tinggi untuk terus menabur bakti kepada TLDM khasnya serta ATM amnya. Pegawai Waran telah terlibat secara lansung dalam mewujudkan system e-Learning berkaitan Ship Husbandry yang telah dimuat naik dalam e-MPAB pada Hari TLDM ke - 85. Pegawai Waran telah terlibat dengan lebih 20 audit dan berpengalaman sebagai tenaga pengajar selama 8 tahun serta menghadiri pelbagai eksesais baik dalam mahupun luar negara menjadikan beliau diiktiraf sebagai Subject Matter Expert (SME) dalam bidang Ilmu Kelautan bersandarkan kepada pengetahuan serta pengalaman yang dimiliki. Pegawai Waren diberi kepercayaan mengikuti kursus Juruaudit Dalaman OHSAS 18001:2007 dan pernah ditugaskan sebagai Pegawai Kesihatan Dan Keselamatan Pekerja semasa berkhidmat di Depot Senggara Armada. Beliau juga pernah memegang jawatan Pegawai Waran Tadbir Sekolah Pengajian Peperangan Bawah Permukaan KD PELANDOK.
Pengetahuan ketenteraan yang baik selaras dengan pangkat serta seorang yang dedikasi dalam memberikan yang terbaik kepada perkhidmatan beliau telah diberi kepercayaan untuk menyandang jawatan sebagai Pegawai Waran Markas telah diangkat dan dilantik sebagai Pegawai Waran Markas Pangkalan Lumut yang ke 3 pada 9 Feb 2021.