LENCANA TLDM
LENCANA ATM

1. Dianugerahkan kepada pegawai dan anggota LLP yang lulus Kursus PE Asas dan lanjutan anjuran Pusat Latihan Peperangan Elektronik (PLPE) ATM sahaja.
2. Menghadiri dan lulus kursus PE asas dan lanjutan didalam negara selain PLPE ATM atau luar negara yang diiktiraf oleh perkhidmatan dan setaraf dengan PLPE ATM.
3. Menghadiri kursus-kursus luar negara yang diiktiraf seperti berikut:
a. EW Instructor Course, Dundridge College, United Kingdom (4 bulan).
b. Advance Signal Officer Course/Signal Captain Career Course, US Army Signal Center and Fort Gordon, Amerika Syarikat (6 bulan).
c. Electronic Surveillance and Monitoring System Course, Methesis, Kiev, Ukraine (4 bulan).
4. Menjawat jawatan Pegawai Memerintah unit PE sekurang-kurangnya 1 tahun dalam unit PE tersebut.
5. Dipakai pada Pakaian No. 1, No. 1B, No. 2, No 2A, No. 3A.

1. Lencana ini diwujudkan di peringkat Angkatan Tentera Malaysia sebagai pengiktirafan kepada Pegawai Perundangan Tentera Darat, Tentera Laut dan Tentera Udara.
2. Kelayakan pemakaian kepada Pegawai Perundangan ATM yang mempunyai kelulusan undang-undang dari Institut Pengajian Tinggi dan pernah/sedang menjawat jawatan Pegawai Perundangan.