






PW I KOM (KS) MOHD OSIS BIN ONAN
BAT PPS PPA
827933 PW I KOM (KS) Mohd Osis bin Hj Onan dilahirkan pada 22 Januari 1983 di 94 Hospital Angkatan Tentera, Kem Terendak, Melaka. Beliau mula menyertai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada 28 Mei 2001 dan telah diserapkan ke Cawangan Pelaut dalam kepakaran Komunikasi Radio (KMR). Beliau telah mendirikan rumah tangga dengan Puan Siti Hajariah binti Buyati dan dikurniakan dengan 3 orang cahaya mata (2 orang putera dan 1 puteri).
Sepanjang perkhidmatan, beliau telah diperjawatkan di pelbagai unit sama ada di pangkalan mahupun di kapal TLDM, antaranya adalah di KD PELANDOK, Stesen Komunikasi TLDM Lumut, Markas Wilayah Laut 2, Markas Pasukan Kapal Selam TLDM, Pusat Latihan Kapal Selam TLDM, MV FAJAR SAMUDERA, KD MAHAWANGSA dan KD TUNKU ABDUL RAHMAN.
Kerjaya beliau sebagai seorang Submariner bermula pada tahun 2011 apabila beliau telah dipilih untuk menjalani Kursus Kelayakan Kapal Selam di Pusat Latihan Kapal Selam, Kota Kinabalu, Sabah. Beliau juga telah menjalani Latihan Bahagian Operasi di Toulon, Perancis pada tahun 2012. Beliau telah menamatkan latihan sambil bekerja di KD TUNKU ABDUL RAHMAN dan KD TUN RAZAK pada tahun yang sama dan dianugerahkan dengan Insignia Kepakaran Kapal Selam TLDM (Dolphin).
Sepanjang memegang jawatan sebagai Naib Yang Dipertua (Laut) Wisma Bintara ATM, beliau juga telah memainkan peranan penting dalam usaha untuk mengukuhkan integriti dan sokongan kepada aspek kebersamaan atau jointness di antara anggota Lain-lain Pangkat dari 3 Perkhidmatan iaitu Darat, Laut dan Udara.
Dengan tahap dedikasi yang tinggi, pengetahuan serta pengalaman yang luas, beliau telah dilantik oleh Pengurusan Tertinggi TLDM sebagai Pegawai Waran Tentera Laut yang Ke-8 pada 9 Sep 24.


PW I KOM MOHD FAIROZ BIN NORDIN
BAT PNBB (LEBANON) PPS PPA PBB (UNIFIL)
PW I KOM Mohd Fairoz bin Nordin dilahirkan pada 26 Ogos 1984 di 94 Hospital Angkatan Tentera, Kem Terendak, Melaka. Beliau mula menyertai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada 22 Jan 2003 dan menjalani latihan asas rekrut di Pusat Latihan Rekrut Tanjung Pengelih, Johor Bahru dalam pengambilan 191/03 dan telah diserapkan ke Cawangan Pelaut dalam kepakaran Komunikasi Taktikal (KMT). Beliau telah mendirikan rumah tangga dengan Puan Nor Soleha binti Nor Azaman dan dikurniakan dengan 4 orang cahaya mata lelaki.
Sepanjang perkhidmatan, beliau telah diperjawatkan di pelbagai unit sama ada di pangkalan mahupun di kapal TLDM, antaranya adalah di KD PANAH, Stesen Komunikasi TLDM Kuantan, KD JEBAT, KD PANGLIMA HITAM, KD PENDEKAR, Markas Wilayah Laut 1, Markas Tentera Laut – BSM, KD LEKIU dan Markas Pemerintahan Armada Barat.
Beliau mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang luas dalam bidang tugasnya sebagai Komunikasi Taktikal di kapal-kapal TLDM. Antara pengalaman beliau adalah seperti terlibat dengan pelbagai operasi dan latihan ketika berkhidmat di kapal antaranya Eksesais KAKADU, Eksesais MILAN, Eksesais OSTEX, Eksesais TAMING SARI, Eksesais BERSAMA GOLD, Eksesais BERSAMA SHIELD, Eksesais MALAPURA, Eksesais ARNEX, Sea Ex THAMAL, Asian Tour, Ops PATKOR MALINDO, Ops NAGA BARAT ZMM Selatan dan Utara, Ops Kukuh Warisan, Ops Jarak dan Ops Benteng Khas. Beliau juga merupakan krew pertama MV BUNGA MAS LIMA yang terlibat dengan penugasan Ops Fajar 5 dan 18 pada tahun 2010 dan 2015 serta menerima sijil penghargaan Panglima Tentera Laut bagi operasi tersebut dan pernah berkhidmat di luar negara dalam misi pengaman di LUBNAN (MALBATT 850 – 1) pada tahun 2013. Beliau juga berjaya lulus kursus Ahli Paracut Statik di Pusat Latihan Peperangan Khusus (PULPAK), Sungai Udang, Melaka pada tahun 2010.
Beliau juga memiliki rekod kerja yang cemerlang sepanjang perkhidmatannya di dalam TLDM. Kecemerlangan yang ada telah dibuktikan melalui penerimaan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun 2012, 2018, 2020 dan 2022.
Beliau memiliki kebolehan mendidik dan membimbing anggota bawahannya untuk melaksanakan sesuatu tugasan mengikut prosedur serta garis panduan yang telah ditetapkan dan sentiasa memberikan kerjasama serta buah fikiran yang membina untuk memastikan visi dan misi Markas tercapai. Pengalaman yang ada menjadikan beliau seorang modal insan yang mampu memberikan sumbangan pada TLDM di masa hadapan.
Dengan tahap dedikasi yang tinggi, pengetahuan serta pengalaman yang luas, beliau telah dilantik oleh Pengurusan Tertinggi TLDM sebagai Pegawai Waran Markas (PWM) bagi Markas Pemerintahan Armada Barat yang ke - 5 pada 19 Sep 24.


PW I PAP (GI) AZRO BIN MAT ZAKI
SMK BAT PPS PPA
828192 PW I PAP (GI) Azro bin Mat Zaki dilahirkan pada 12 Jun 1981 di Kampung Kemubu Kuala Krai, Kelantan. Beliau mula menyertai perkhidmatan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada 27 Sep 2001 pengambilan 188/01 seterusnya diserapkan ke Cawangan Kelasi dalam Kepakaran Peperangan Atas Permukaan (PAP). Beliau telah mendirikan rumah tangga dengan Puan Nurul Arafah binti Ahmad dan dikurniakan dengan 3 orang cahaya mata (2 lelaki dan 1 perempuan).
Sepanjang perjawatan, beliau telah diperjawatkan di beberapa buah kapal dan unit-unit di Pangkalan TLDM antaranya adalah di KD RAHMAT, KD LEKIU, PROTELA Lumut, Markas Pangkalan Lumut dan terkini di Markas Pemerintahan Armada Timur. Beliau telah dikurniakan Pingat Bintang Seri Mahkota Kelantan (SMK), Bentara Angkatan Tentera (BAT), Pingat Perkhidmatan Setia (PPS) dan Pingat Perkhidmatan Am (PPA) serta pernah diberikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) pada tahun 2006, 2012 dan 2022.
Beliau berupaya melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab, bersistematik serta dapat menghasilkan kerja yang lengkap, sempurna dan bermutu. Beliau turut mempunyai inisiatif yang tinggi serta sentiasa berusaha membuat penambahbaikan terhadap semua tugasan yang telah dipertanggungjawabkan. Selain itu, beliau merupakan seorang Jurulatih Persenjataan yang berkebolehan dalam melatih serta membimbing Pasukan Istiadat dan Kawad Senyap TLDM.
Di samping itu juga, beliau turut melibatkan diri dalam kerja-kerja amal dan sosial sama ada di dalam atau di luar perkhidmatan bersama masyarakat setempat. Beliau sering mempamerkan kewibawaan yang terpuji dalam setiap aktiviti yang dianjurkan tanpa mengira waktu dan masa bersama keluarga. Disiplin yang dimiliki adalah tunjang di atas semua kejayaan yang dikecapinya. Beliau merupakan aset perkhidmatan dalam merealisasikan wawasan TLDM khasnya dan ATM amnya. Dengan kebolehan dan prestasi perkhidmatan yang cemerlang serta pengalaman yang dimilikinya, beliau telah dilantik sebagai Pegawai Waran Markas (PWM), Markas Pemerintahan Armada Timur Ke-3 pada 16 Dis 2025.


PW I JTP MOHD SHARUL HASRY BIN MOHD HALIT
PPS PPA
827945 PW I JTP Mohd Shahrul Hasry bin Mohd Halit yang menyandang Jawatan sebagai Warrant Officer Training (WOT) berkuatkuasa pada 19 Sep 24 merupakan anak kelahiran Batu Pahat, Johor. Anak ke dua daripada 7 orang adik beradik ini memasuki perkhidmatan TLDM pada 28 Mei 2001 selepas menamatkan persekolahan di SMK Tinggi Batu Pahat. Telah mendirikan rumahtangga bersama Puan Masturah bte Mahfood dan dikurniakan sepasanga cahayamata lelaki dan perempuan.
Laluan kerjaya TLDM, Beliau telah diserapkan ke Cawangan Pelaut berkepakaran sebagai Juru Plot Taktikal Peperangan telah ditugaskan di 11 pasukan pangkalan dan 5 Buah kapal diantaranya KD SRI INDERA SAKTI, KD BELADAU, KD GANYANG, KD SELANGOR, KD GEMPITA, Pasukan Projek PV, Pusat Simulasi Olah Perang ATM, Bahagian Operasi Latihan Pertahanan ATM, PUSTAKMAR, Pusat Pertahanan Udara Lumut, Pusat Penyelarasan Penguatkuasaan Maritim MKN, Hubungan Antarabangsa MkTL, Bahagian Inspektorat Jeneral dan Bahagian Pembangunan Latihan Pelaut MPPL TLDM. Sepanjang penugasan, berliau juga terlibat dalam latihan dan operasi di dalam dan luar negara seperti Sinapuara, Thailand, Indonesia, Laos, Vietnam dalam Exe. COBRA GOLD, CARAT, BERSAMA SHIELD, MALAPURA, MALINDO, THAMAL, OSTEX, TAMING SARI, ANGSA, BERSAMA WORRIOR dan PAHLAWAN.
Sepanjang perkhidmatan di dalam TLDM, selain menjalani kursus kerjaya yang menyokong perjalanan karier beliau, beberapa kursus tambahan telah dilalui dengan jayanya seperti:
1. Human Assistance Disaster Relief (HADR) di Akathotsarot Camp, Phitsanulok Thailand.
2. Response Cell Interface Controll JTLS di PSOP ATM.
3. ECDIS di Akademi Laut Malaysia, Melaka
4. Asas Perisikan Maritim – RISLA Kuala Lumpur
5. Air Defence Familiarisation di PPU TLDM.
6. CSO – 11 Combat System Team.
7. Juru Audit ISO 2000.
Diatas rupacara, sikap dedikasi yang tinggi, pengetahuan dan keboleh kepercayaan yang tinggi, Pihak pengurusan tertinggi Markas Pendidikan Latihan dan Doktrin TLDM telah melantik beliau sebagai Pegawai Waran Markas MPLD yang Ke-4.

MARKAS TENTERA LAUT, WISMA PERTAHANAN, JALAN PADANG TEMBAK, 50634 KUALA LUMPUR
Emel : webmaster@navy.mil.my | Tel : (60)3-40160159
Paparan Terbaik : Mozilla Firefox / Google Chrome / Microsoft Edge
HAKCIPTA | DASAR & PRIVASI | PENAFIAN | PETA LAMAN