Aktiviti Suntikan Vaksin Covid 19 oleh warga TLDM di 96 HAT Lumut
LUMUT, 26 Feb – 96 Hospital Angkatan Tentera Lumut (HATL) Pangkalan TLDM Lumut Perak merupakan Pusat Simpanan Vaksin (PSV) dan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) COVID-19, Pfizer-BioNTech bagi Zon Utara. 96 HATL akan menerima agihan vaksin tersebut secara berkala.
Terdapat 6 Fasa pengagihan dimana memperuntukkan sebanyak 16,380 dos keseluruhan bagi Zon Utara amnya. Penerimaan vaksin bagi Fasa 1 sehingga Fasa 4 di 96 HAT Lumut berjumlah 2340 dos, manakala Fasa 5 dan Fasa 6 akan menerima sejumlah 3,510 dos.
Setiap individu yang menerima suntikan vaksin ini akan menerima sebanyak 2 dos secara berperingkat. Individu yang telah menerima suntikan vaksin pada kali pertama akan mengambil tempoh selama 21 hari untuk mendapatkan suntikan kali kedua. Maklumat ini akan direkodkan melalui aplikasi MySejahtera setelah individu mendapatkan suntikan pertama dan boleh membuat semakan bagi mendapatkan suntikan kedua setelah rekod individu tersebut telah dikemaskini melalui aplikasi tersebut.
96 HATL merupakan PSV utama kepada 2 unit PPV, Pusat Perubatan Angkatan Tentera (PPAT) dan 2 unit PPV, Rumah Sakit Angkatan Tentera (RSAT) di Zon Utara. Antaranya ialah 709 PPAT Angkatan Tentera Udara (ATU) Ipoh, 702 PPAT Ipoh, 805 RSAT Taiping, dan 807 RSAT Sungai Petani. Setiap PPAT dan RSAT akan mengagihkan vaksin ini kepada unit-unit di bawah naungan masing-masing. Untuk permulaan, seramai 71 orang kakitangan 96 HAT Lumut yang terdiri daripada 59 orang Angota Petugas seperti Doktor Pakar, Jururawat Tentera dan staf TLDM yang bertugas di 96 HATL. Manakala 12 orang lagi adalah wakil daripada PPV utama di Zon Utara.
Terdapat beberapa proses pemberian vaksin ini antaranya, individu yang terpilih akan membuat pendaftaran di kaunter pendaftaran yang disediakan terlebih dahulu, kemudian akan disemakkan jika nama individu tersenarai untuk menerima suntikan vaksin bagi Fasa 1. Setelah itu, saringan kesihatan seperti pemeriksaan suhu dilakukan sebelum individu dibenarkan masuk ke Dewan Bunga Raya di 96 HATL bagi mendapatkan suntikan pertama.
Kemudian, individu yang menerima suntikan pertama akan ditempatkan di satu ruang khas selama 30 minit dalam pemantauan untuk memastikan tiada gejala sampingan daripada suntikan vaksin tersebut. Sekiranya tiada apa-apa gejala yang berlaku barulah individu tersebut dibenarkan pulang setelah rekod penerimaan suntikan pertama direkodkan dalam aplikasi MySejahtera.
Barisan hadapan atau individu yang akan menerima suntikan vaksin tersebut dinasihati untuk mengemaskini aplikasi MySejahtera bagi memudahkan dan melancarkan proses suntikan vaksin tersebut.
Artikel : Pejabat Komunikasi Strategik MPAB
MARKAS TENTERA LAUT, WISMA PERTAHANAN, JALAN PADANG TEMBAK, 50634 KUALA LUMPUR
Emel : webmaster@navy.mil.my | Tel : (60)3-40160159
Paparan Terbaik : Mozilla Firefox / Google Chrome / Microsoft Edge
HAKCIPTA | DASAR & PRIVASI | PENAFIAN | PETA LAMAN