Image
Image
Image

Select your language

Image
Image
Image

LUMUT, 8 Jul – Seminar Pegawai Kejuruteraan (SPKej) Siri 14 telah dilaksanakan di Auditorium Ilyas Din, Markas Pemerintahan Latihan dan Doktrin TLDM dan melibatkan 174 peserta. 

Selaras dengan langkah penjimatan, seminar ini diadakan secara fizikal dengan rakaman khas yang diulangsiar bagi peserta yang berada di Sabah dan Sarawak.  

Seiring dengan perkembangan teknologi semasa dan kemasukan kapal LMS Batch 2 serta LCS pada tahun 2027, intipati seminar bertunjangkan elemen 'People' dan 'Process' dengan tema “Naval Engineering Transformation Through Technology and Innovation”. 
 
Seperti siri seminar sebelum ini, perjalanan persidangan menggunakan teknologi terkini seperti AI dan dron. Butiran adalah seperti di pautan https://www.facebook.com/share/p/1HWkDoLdQv/. 

SPKej Siri 14 ini diharap menjadi pemangkin bagi pegawai kejuruteraan lebih berinovatif dalam memacu armada yang lebih unggul serta cemerlang demi menyokong Aangkatan Masa Hadapan (AMH).

Artikel: Laksamana Muda Dato’ Ir. Ts. Haji Mohd Shaiful Adli Chung.
Foto: Markas Pemerintahan Latihan dan Doktrin TLDM

#NavyUpdate 
#NavyPeople 
#PeopleProcessPlatform

Image
Image
Image
Image
Image
Image