Image
Image
Image

Select your language

KD MAHAMIRU merapati Kapal Layar PHOCEA untuk membantu memadamkan kebakaran

LUMUT, 18 Feb – Kapal KD MAHAMIRU telah memberi bantuan kepada Kapal Layar PHOCEA yang mengalami kebakaran di sekitar 0.6 batu nautika Timur Laut di Perairan Pulau Singa Kecil. KD MAHAMIRU pada awalnya telah menerima satu panggilan kecemasan dari Markas Wilayah Laut 3 (MAWILLA 3) mengenai kebakaran tersebut dan dimaklumkan bahawa aset Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia iaitu KM TENGGOL telah berada di lokasi kejadian. KD MAHAMIRU telah diatur gerak bagi membantu KM TENGGOL menyelamatkan kru Kapal Layar PHOCEA dan mengawal kebakaran tersebut.

Seramai tujuh orang kru PHOCEA berjaya diselamatkan ketika kerja-kerja memadam kebakaran diteruskan menggunakan sistem hydrant KD MAHAMIRU dan KM TENGGOL. Kapal PA4 milik Pasukan Polis Marin kemudian tiba di tempat kejadian bagi memberi bantuan mengawal kebakaran.

Api yang merebak hingga ke separuh kapal menyebabkan kesemua kapal penyelamat diarah untuk bergerak ke lokasi yang lebih terkawal. Kapal Jabatan Laut Malaysia MV ZUHAL kemudian tiba bersama anggota Bomba untuk membantu memadam kebakaran. Api akhirnya dapat dipadamkan sepenuhnya selepas hampir dua jam dan KD MAHAMIRU bergerak keluar dari lokasi kejadian bagi meneruskan rondaan Op BENTENG Laut 1/20.

Sumber : Pejabat Komunikasi Strategik MPAB

Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image