LANGKAWI, 8 Jan - Pasukan Perahu Layar ATM telah berlepas menuju ke Pulau Langkawi untuk menyertai Regatta Antarabangsa Diraja Langkawi (Royal Langkawi International Regatta - RLIR) ke-20 yang akan bermula pada 15 sehingga 20 Januari ini.
Timbalan Panglima Pendidikan dan Latihan TLDM, Laksamana Pertama Azhar bin Adam telah menyempurnakan acara pelepasan atlet pelayaran ATM diiringi Pegawai Memerintah KD PELANDOK, Kepten Mohd Hasnan bin Mohd Hanafiah TLDM selaku Pengerusi Persatuan Perahu Layar TLDM.
Penyertaan ATM di kejohanan RLIR tahun ini melibatkan 40 orang pegawai dan anggota daripada ketiga-tiga perkhidmatan darat, laut dan udara seluruh Malaysia. Mereka akan beraksi dengan bot layar ZUHAL, URANUS, MARIKH dan Farr Platu dalam regatta tahunan ini dan akan bersaing dengan pasukan tempatan dan luar negara termasuk dari Singapura, Thailand, Australia, Hong Kong dan United Kingdom.
Pelayar ATM dijangka akan tiba di Royal Langkawi Yacht Club yang menjadi penganjur regatta ini pada 11 Januari untuk latihan sebagai persiapan akhir sebelum kejohanan bermula.
Selamat maju jaya diucapkan kepada atlet ATM dan semoga pulang dengan kejayaan yang membanggakan.
MARKAS TENTERA LAUT, WISMA PERTAHANAN, JALAN PADANG TEMBAK, 50634 KUALA LUMPUR
Emel : webmaster@navy.mil.my | Tel : (60)3-40160159
Paparan Terbaik : Mozilla Firefox / Google Chrome / Microsoft Edge
HAKCIPTA | DASAR & PRIVASI | PENAFIAN | PETA LAMAN