Image
Image
Image

Select your language

KUALA LUMPUR, 25 Ogos - Bahagian Inspektorat Jeneral Markas Tentera Laut telah melaksanakan Audit Dalaman (AD) ke atas Bahagian PROTELA, Markas Tentera Laut mulai 22 hingga 25 Ogos 22 dan telah melabuhkan tirainya hari ini.

Taklimat Penutup AD Bahagian PROTELA Markas Tentera Laut telah disempurnakan oleh Timbalan Inspektor Jeneral, Yang Berbahagia Laksamana Pertama Mohd Fadzli Kamal bin Mohd Mohaldin. Turut hadir semasa taklimat penutup adalah Marsyal PROVOS, Kept Roslee bin Mohamad Isa TLDM serta warga Bahagian PROTELA Markas Tentera Laut.

Sekalung tahniah diucapkan kepada warga Bahagian PROTELA Markas Tentera Laut atas kejayaan memperolehi penarafan 4 Bintang (81.5%) bagi AD kali ini. Semoga kejayaan ini memberi suntikan semangat dalam mengekalkan prestasi dan mutu kerja yang berkualiti serta terus komited melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan.

Back to basic, moulding a concrete foundation

Artikel : Lt Kdr Mohd Roslan bin Mohd Saufi TLDM
Foto    : PW II PNK Azmi bin Abdul Talib

Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image