Image
Image
Image

Select your language

"Fleet First" menjadi matlamat utama pengurusan tertinggi TLDM

KUALA LUMPUR, 30 Nov - Hari ini genap dua tahun Panglima Tentera Laut menerajui TLDM. Sepanjang tempoh tersebut, pelbagai lembaran sejarah baharu telah dilakar dan penambahbaikan serta realignment of focus telah dilaksanakan seiring dengan cabaran dan kekangan yang dihadapi kini. Artikel ini hanya mencoretkan elemen “Machine”, tidak merangkumi elemen “Man” dan “Method”, sesuai dengan jumlah perkataan yang terhad di ruangan ini.

Matlamat utama pengurusan tertinggi TLDM ialah “Fleet First” - armada perlu berada dalam keadaan ever-ready dalam aspek “To Float”, “To Move” dan “To Fight”.

Justeru, bagi mencapai matlamat tersebut, beberapa inisiatif berimpak tinggi telah dilaksanakan, memandangkan aset Littoral Combat Ship (LCS) TLDM yang sepatutnya kapal pertama diterima pada April 2019 tidak dicapai. Antara inisiatif tersebut adalah:
- Pelaksanaan repowering terhadap empat kapal jenis Fast Attack Craft (FAC) iaitu penggantian baharu enjin kapal termasuk kotak gear dan propeller serta electrical power generation yang baharu. Pada ketika ini, tiga kapal sedang giat menjalani program yang sama, dan akan selesai repowering dalam tempoh 2 tahun lagi secara berperingkat. Inisiatif ini telah membolehkan keupayaan kapal “To Move” adalah lebih berkesan dan efektif dari segi kos.
Obsolescence Programme (OP) iaitu program menggantikan keseluruhan hull atau badan kapal serta sistem di dalamnya secara total untuk menghasilkan kapal “baharu”. Hasil program ini hanya akan diketahui pada penghujung 2021, namun inisiatif ini adalah satu langkah ke arah mencapai matlamat “To Float” dan “To Move”.
- Memperkasakan keupayaan “To Fight”, di mana Sistem Kombat akan dipasang di dalam kapal TLDM yang tiada sistem tersebut secara berperingkat. Keupayaan ini dijangka diperolehi pada awal tahun 2022. Inisiatif ini lewat dilaksanakan disebabkan pandemik Covid-19, namun seiring dengan kata-kata Benjamin Franklin, salah seorang founding fathers Amerika Syarikat, “By failing to prepare, you are preparing to fail”.
- Perolehan Helikopter Operasi Maritim untuk keupayaan “To Fight" Armada TLDM. Perolehan ini melibatkan tiga helikopter baharu yang mampu meningkatkan keupayaan tempur dimensi udara TLDM.

Selain kejayaan dan perancangan yang telah dilaksanakan, keutamaan “Fleet First” juga akan terus dipergiatkan dalam tempoh terdekat, memberi “taring” untuk TLDM terus mampan dan berkeupayaan. Sehubungan itu, warga Navy People disaran agar terus berganding bahu membawa TLDM ke tahap yang lebih cemerlang.

Sumber : Bahagian Kejuruteraan, Markas Tentera Laut
Artikel   : Laksamana Muda Datuk Ir Mohd Shaiful Adli Chung bin Abdullah
Foto      : Bahagian Komunikasi Strategik, Markas Pemerintahan Armada Barat

Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image