KUALA LUMPUR, 24 Mac - Dua wakil Malaysia Marine and Heavy Engineering Sdn Bhd (MMHE) yang beribu pejabat di Pasir Gudang, Johor iaitu Senior General Manager (Marine Business) Lt Kdr Ir. Hisham bin Haron TLDM (Bersara) dan CEO MMHE EPIC Marine & Services Sdn Bhd, Lt Kdr Ir. Mohd Hilmee bin Abu Kassim TLDM (Bersara) melaksanakan pertemuan dengan Ketua Jurutera TLDM. Perbincangan sepanjang sesi tersebut adalah berkisar mengenai peluang, cabaran dan inisiatif berimpak tinggi melibatkan industri Ship Building & Ship Repair (SBSR).
Hasil pertemuan, Ketua Jurutera TLDM dan pemain di industri SBSR perakui bahawa negara perlu mengorak langkah secara bijak dan berkesan untuk memastikan industri berat seperti SBSR ini berdaya saing serta terus kekal mampan. Bagi hasrat ini, TLDM sebagai salah satu penyumbang utama industri SBSR akan terus menyokong limbungan tempatan yang berdaftar dan layak. Selain itu Ketua Jurutera TLDM turut memaklumkan bahawa pemain di industri perlu menembusi pasaran di rantau ini, khususnya niche market.
Hasil Coffee Table Session, sebahagian intipati cabaran yang dibincang akan diangkat oleh Ketua Jurutera TLDM di persada yang sesuai, diantaranya mengutarakan di platform khusus sedia ada, menerbitkan artikel yang berkaitan di Jurnal Badan Profesional untuk perhatian Pembuat Dasar dan sebagainya.
Sumber : Markas Tentera Laut, Bahagian Kejuruteraan
Artikel : Laksamana Muda Datuk Ir. Ts. Mohd Shaiful Adli Chung
Foto : Lt Dya Muhamad Shafie b. Mohd Jusoh TLDM
MARKAS TENTERA LAUT, WISMA PERTAHANAN, JALAN PADANG TEMBAK, 50634 KUALA LUMPUR
Emel : webmaster@navy.mil.my | Tel : (60)3-40160159
Paparan Terbaik : Mozilla Firefox / Google Chrome / Microsoft Edge
HAKCIPTA | DASAR & PRIVASI | PENAFIAN | PETA LAMAN