TPA MPAB Menyampaikan hadiah kepada pemenang Projek KIK peringkat MPAB Tahun 2021
LUMUT, 9 Jul - Common Operating Picture (COP) – Modul Pengurusan Kewangan Markas Pangkalan Lumut (Mk PL) telah diisyhtiharkan sebagai pemenang pertama Projek KIK peringkat MPAB bagi tahun 2021. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Timbalan Panglima Armada Barat iaitu Laksamana Pertama Ee Yee Tai Peng sejurus selesai Sambutan Hari Inovasi TLDM tahun 2021 yang dilakukan secara sidang video di serambi markas.
Sebanyak 18 penyertaan dari semua unit yang layak telah dipertandingkan dan dibentangkan bermula 21 hingga 22 April 21 bertempat di Auditorium Dato’ Abul Ghani KD DUYONG. Kumpulan KIK Mk PL ini diketuai oleh Kept Ts. Dr. Hisyam dan dibantu oleh 11 ahli yang telah membuktikan kemampuan COP sebagai medium dalam mentadbir urus kewangan markas dengan lebih efisen dan sistematik.
COP ini yang mengunakan platform Geographic Information System (GIS) dapat memberi maklumat terkini kepada semua lapisan pengurusan Mk PL melalui paparan Dashboard merupakan gaps utama yang dikenal pasti dapat membantu pihak pengurusan dalam membuat keputusan. Pembangunan COP ini terdiri daripada 3 layer yang dapat dikongsikan oleh semua pengguna iaitu; Common Geospatial Picture, Shared Situational Awareness dan Decision Support to Commanders.
Modul Pengurusan Kewangan ini juga turut mempunyai fungsi yang dapat memaparkan laporan secara dashboard merangkumi maklumat - maklumat kewangan yang berkaitan dengan jumlah peruntukan dan perbelanjaan harian, mingguan, bulanan dan tahunan mengikut Objek Sebagai (OS).
Dengan pembangunan COP- Modul Pengurusan Kewangan telah memberikan impak yang amat positif kepada pentadbir kewangan khususnya Bahagian Logistik Markas sehingga diangkat untuk dipertandingkan sebagai satu projek KIK dan pastinya akan dipertandingkan di peringkat seterusnya.
Sumber : Pejabat IT Mk PL
MARKAS TENTERA LAUT, WISMA PERTAHANAN, JALAN PADANG TEMBAK, 50634 KUALA LUMPUR
Emel : webmaster@navy.mil.my | Tel : (60)3-40160159
Paparan Terbaik : Mozilla Firefox / Google Chrome / Microsoft Edge
HAKCIPTA | DASAR & PRIVASI | PENAFIAN | PETA LAMAN