Image
Image
Image

Select your language

KOTA KINABALU, 20 Jul - Seketika, perasaan sebak menyelubungi suasana di Wisma Kejora tatkala bait-bait kata ini dilafazkan daripada Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Rahman bin Ayob. Hari ini, beliau telah hadir ke Pangkalan TLDM Kota Kinabalu bagi menyempurnakan upacara pemakaian lencana kepakaran Kapal Selam kepada sembilan orang 'Submariner TLDM' yang baharu.

Kesemua penerima lencana yang terdiri daripada 2 Pegawai dan 7 Anggota Lain-lain Pangkat ini telah berjaya mengharungi latihan yang menguji kekuatan fizikal dan mental khususnya dalam usaha menguasai teknologi kapal selam dengan persekitaran yang mencabar.

Setiap fasa latihan yang berbeza menuntut para pelatih untuk terus iltizam, tabah dan cekal agar generasi pelapis bagi Angkatan Kapal Selam TLDM terus kompeten dan kredible dalam mengendalikan kapal selam TLDM serta mempertahan perairan tanah air tercinta.

Panglima Tentera Laut yang juga merupakan Submariner TLDM turut melahirkan rasa bangga serta mengingatkan semua submariner agar sentiasa mempamerkan tahap profesionalisme, kompetensi serta jati diri yang tinggi sebilang masa kerana penganugerahan lencana ini datang bersama amanah yang cukup besar iaitu mengoperasikan aset strategik negara. Beliau turut berharap pembangunan Angkatan Kapal Selam TLDM terus berkembang secara holistik serta bersistematik menerusi idea-idea yang kreatif agar setanding dengan Angkatan Kapal Selam negara maju yang lebih berpengalaman.

Majlis Pemakaian Lencana Kepakaran Kapal Selam hari ini telah menzahirkan komitmen Tentera Laut Diraja Malaysia dalam melahirkan modal insan yang siapsiaga di samping membuktikan kemampuan untuk mengoperasikan sistem berteknologi tinggi secara berdikari dan efektif tanpa melibatkan kebergantungan kepada negara luar.

Syabas dan tahniah buat kesemua Submariner TLDM yang baharu!

Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image