Image
Image
Image

Select your language

PUTRAJAYA, 17 Ogos - Ketua Jurutera TLDM, Laksamana Muda Dato’ Ir. Ts. Haji Mohd Shaiful Adli Chung telah menyampaikan ceramah kepada Peserta Kursus Pertahanan di Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (MPAT) melibatkan 60 peserta di mana 10 adalah dari luar negara. Sepanjang sesi tersebut, mereka didedahkan dengan strategi serta inisiatif yang telah dilaksanakan oleh TLDM untuk mendokong keperluan operasi aset-aset di Armada.

Executive Talk ini merupakan jemputan MPAT kali ke-2 setelah sesi pertama pada tahun 2022 mendapat respon yang positif serta membina. Pihak TLDM amat menghargai jemputan tersebut memandangkan sejak tahun 1980-an, slot sedemikian adalah julung kali melibatkan Ketua Jurutera TLDM.

Sepanjang sesi hari ini, peserta kursus teruja dengan strategi, metodologi serta inisiatif yang sedang dan telah dilaksanakan oleh TLDM. Di antaranya in-house capability development and achievement, self-reliance strategy & initiatives, mid-life modernisation through obsolescence mitigation plan such as Obsolescence Programme (OP), Obsolescence Management (OM), Repowering, Re-Hull, Recombatting dan sebagainya.

Selain taklimat, peserta kursus turut diberi ruang untuk memajukan soalan serta bertukar pandangan terhadap strategi yang diutarakan. Hasil maklum balas dan input peserta, didapati sebahagian daripadanya boleh memperkayakan pelan yang sedang dirangka untuk kecemerlangan TLDM ke arah Angkatan Laut Yang Kredibel. Tahniah kepada semua peserta kursus yang bertindak sebagai critical challenger terhadap strategi yang dikongsi.

Sumber : MkTL, Bahagian Kejuruteraan
Artikel   : P/Kdr Meor Norulazmi bin Mat Salleh TLDM
Foto      : Kpl Noor bin Ismail

Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image