Image
Image
Image

Select your language

TLDM merancang pada tahun ini untuk menggunakan teknologi nuklear bagi pelaksanaan selenggaraaan untuk kapal. Berdasarkan pendekatan ini, TLDM adalah bakal Agensi Kerajaan yang pertama menggunakan teknologi nuklear bagi pelaksanaan selenggaraan terhadap Aset Tetap mahupun Aset Alih.

Pendekatan terkini ini dicetus hasil pertemuan peringkat strategik diantara Ketua Jurutera TLDM dengan Pengurusan Tertinggi Agensi Nuklear Malaysia pada awal tahun 2020. Namun lanjutan penularan pandemik Covid19 sejak bulan Mac 2020, inisiatif ini lewat dilaksanakan kick-off. Walau bagaimanapun inisiatif tersebut telah diaktifkan semula pada minggu ini di peringkat kerja melalui Engineering Working Group (EWG) MCMV Hull Assessment di Pangkalan TLDM Lumut.

EWG MCMV Hull Assessment terdiri daripada Cawangan Penguasa Kejuruteraan Armada (CPKA) iaitu Directorate General Technical Seaworthiness (DGTS) TLDM, Agensi Nuklear Malaysia, BV dan juga Institut Penyelidikan Sains & Teknologi Pertahanan (STRIDE). Bagi maksud ini, teknologi nuklear akan digunakan untuk melaksanakan pemeriksaan terhadap kondisi GRP hull (badan kapal) MCMV. Sebelum ini pemeriksaan Non-Destructive Test (NDT) dilaksana menggunakan sinar X-ray dan juga thermography screening. Kelebihan teknologi nuklear ialah pemeriksaan boleh dilaksanakan seperti Magnetic Resonance Imaging (MRI) untuk mengetahui kondisi setiap lapisan GRP. Selain itu, pancaran tenaga nuklear boleh dilaksanakan semasa kapal di atas galangan (upslip) atau pun terapung di air.

Pihak TLDM mengucapkan penghargaan kepada Agensi Nuklear Malaysia di atas komitmen dan bantuan dalam aspek know-how, bak kata pepatah Hanya Jauhari yang Mengenal Manikam. Jika berkesan, pendekatan menggunakan teknologi nuklear akan diperluaskan di masa hadapan untuk kesejahteraan warga Navy People dan kesiagaan aset TLDM yang lain.

Sumber : Markas Tentera Laut, Bahagian Kejuruteraan, RMN Chief Engineer Office
Artikel   : Laksamana Muda Datuk Ir. Ts. Mohd Shaiful Adli Chung
Foto      : Lt Kdr Mohd Redzuan bin Hj Abu Bakar TLDM

Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image