Penyerahan Tali Kapal Oleh KOMPAL Kepada Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung
LUMUT, 20 Jan - ‘Let’s Nurture the Nature, So that We Can Have A Better Future’. YBhg Laksma Dato' Anuar bin Hj Alias, Komander Pangkalan Lumut telah menyerahkan sumbangan tali kapal terpakai sebanyak 6 coil (1200 meter) kepada Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung (MPM), Tuan Syamsul Hazeman bin MD Salleh. Tali tersebut akan digunakan bagi kerja-kerja senggaraan dan menaik taraf Taman Paya Bakau Lumut seterusnya menyokong eko-pelancongan semulajadi ekosistem hutan paya bakau. Sumbangan ini memperkukuhkan lagi hubungan yang telah lama terjalin antara TLDM dan MPM.
Taman Paya Bakau ini terletak di antara laluan Ipoh - Lumut dan lebih kurang 10 minit perjalanan dari Bandar Lumut. Taman ini mula dibina pada bulan Mei 1994 dan telah dibuka kepada umum pada bulan Januari 1995. Pada tahun 2005, taman ini telah diselenggara dan ubahsuai. Ia mempunyai laluan sepanjang 366 meter dan selebar 6 kaki yang merentasi hutan paya bakau. Di hujungnya didirikan 2 buah pondok untuk pengunjung beristirehat atau memancing. Di sepanjang laluan ini pengunjung dapat menghayati keindahan alam semulajadi hutan paya bakau dan melihat sendiri hidupan yang ada di paya bakau berkenaan.
Sumber : Pejabat IT Mk PL
MARKAS TENTERA LAUT, WISMA PERTAHANAN, JALAN PADANG TEMBAK, 50634 KUALA LUMPUR
Emel : webmaster@navy.mil.my | Tel : (60)3-40160159
Paparan Terbaik : Mozilla Firefox / Google Chrome / Microsoft Edge
HAKCIPTA | DASAR & PRIVASI | PENAFIAN | PETA LAMAN