Warga bersama Sijil Crossing Equator
PERAIRAN SUMATERA (INDONESIA), 25 Ogos – KD LEKIU dan KD SRI INDERA SAKTI telah berjaya melintasi garisan khatulistiwa pada 251410H Ogos 22 di latitud 00o00.00 dan longitud 106o30.89T semasa pelayaran menuju ke Surabaya sempena Eks MALINDO JAYA 26AB/22.
KD LEKIU telah meraikan acara melintasi garisan khatulistiwa (Crossing Equator) sebagai salah satu tradisi tentera laut. Sambutan dimeriahkan lagi dengan sesi penyampaian sijil Crossing Equator sebagai tanda kenang-kenangan yang disempurnakan oleh Pegawai Memerintah KD LEKIU, Pemangku Kepten Mohd Reduan bin Ayob TLDM kepada semua warga sejurus kapal melintasi garisan tersebut.
Semoga aktiviti ini dapat memberikan memori terindah kepada warga kapal dan mengekalkan semangat untuk terus komited dalam meneruskan pelayaran Regional Partnership Exercise 2022. Felicitation en Bon Voyage!!!
Artikel : Lt Dya Muhamad Shafie bin Mohd Jusoh TLDM
Foto : LK TNL Edhan Shafary bin Abdul Latif
MARKAS TENTERA LAUT, WISMA PERTAHANAN, JALAN PADANG TEMBAK, 50634 KUALA LUMPUR
Emel : webmaster@navy.mil.my | Tel : (60)3-40160159
Paparan Terbaik : Mozilla Firefox / Google Chrome / Microsoft Edge
HAKCIPTA | DASAR & PRIVASI | PENAFIAN | PETA LAMAN