Sumbangan derma oleh Puan Sri Noorainee sebagai simbolik pelancaran kempen tabung pahlawan
PETALING JAYA, 19 Ogos - Kempen Tabung Pahlawan 2020 telah dilancarkan oleh YABhg. Puan Sri Datin Paduka Hajah Noorainee binti Haji Abdul Rahman, selaku penaung kempen tersebut.
Majlis yang berlangsung di Sri Pentas, Bandar Utama hari ini merupakan kerjasama antara Media Prima Berhad dengan Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV ATM) yang bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat Malaysia untuk memberi penghormatan dan penghargaan atas pengorbanan para perajurit dalam menjaga keselamatan dan kedaulatan negara selama ini.
Kempen ini juga bertujuan menggalakan orang ramai memberi sumbangan ikhlas untuk membantu Veteran ATM yang telah berkorban kepada negara. Hasil kutipan tabung akan digunakan untuk membantu Veteran ATM yang kurang upaya, balu veteran OKU, kos perubatan, bantuan perlatan perubatan, bantuan bencana alam dan bantuan kebajikan yang lain.
Antara yang hadir di majlis pelancaran ini adalah Menteri Pertahanan, Timbalan Menteri Pertahanan, Panglima Angkatan Tentera, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan dan wakil setiap perkhidmatan termasuk Panglima Tentera Laut.
Majlis pagi ini dimeriahkan lagi dengan persembahan kawad senyap oleh warga Navy People selain dari persembahan oleh wakil perkhidmatan yang lain.
Sumber : Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV ATM)
MARKAS TENTERA LAUT, WISMA PERTAHANAN, JALAN PADANG TEMBAK, 50634 KUALA LUMPUR
Emel : webmaster@navy.mil.my | Tel : (60)3-40160159
Paparan Terbaik : Mozilla Firefox / Google Chrome / Microsoft Edge
HAKCIPTA | DASAR & PRIVASI | PENAFIAN | PETA LAMAN