Image
Image
Image

Select your language

Memperkasakan Op Benteng. Penyerahan RHIB disaksikan Panglima Tentera Laut dan Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian Pertahanan

LUMUT, 7 Dis - Penyerahan fizikal 11 unit Rigid Hull Inflatable Boat (RHIB) kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang diperolehi melalui Projek Perolehan Operasi Benteng (Op Benteng) telah dilaksanakan dengan jayanya di Pangkalan TLDM Lumut, Perak pada hari ini. Majlis penyerahan ini telah disempurnakan oleh Tuan Hj Aminudin bin Mat Yusof, Pengarah Urusan Kumpulan MSET Holdings Sdn. Bhd. dan Laksamana Pertama Hj Mohd Redzuan bin Hj Talib, Panglima Pasukan Khas Laut dengan disaksikan bersama YBhg Laksamana Tan Sri Mohd Reza bin Mohd Sany, Panglima Tentera Laut dan YBhg Datuk Hj Ruji bin Hj Ubi, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian Pertahanan.

Projek perolehan yang dimeterai dengan syarikat MSET Inflatable Composite Corporation Sdn Bhd (MSET) ini telah menyaksikan kesemua bot dibina sepenuhnya di limbungan MSET di Kuala Terengganu, Terengganu dan berjaya disempurnakan dalam tempoh 8 minggu.

Perolehan RHIB ini sedikit sebanyak akan meningkatkan lagi keupayaan pelaksanaan Op Benteng yang turut digembleng bersama Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di bawah National Task Force (NTF) yang diterajui oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sejak 12 Mei 2020 yang lalu bagi mengekang kegiatan jenayah rentas sempadan merangkumi Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI), pelanunan, pemerdagangan manusia, penyeludupan dan pencerobohan nelayan asing yang dikhuatiri semakin meningkat akibat daripada pandemik COVID-19.

Sumber : Cawangan Komunikasi Strategik, Markas Tentera Laut
Foto      : LK PNK Khairul Najmi bin Abd Jabar

Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image