Image
Image
Image

Select your language

Kebanggaan. Ketua Jurutera TLDM pertama menerima anugerah Pujian Panglima Tentera Laut

LUMUT, 27 Apr - Laksamana Muda Datuk Ir. Ts. Hj Mohd Shaiful Adli Chung melakar sejarah sebagai Ketua Jurutera TLDM (RMN Chief Engineer) pertama menerima anugerah Pujian Panglima Tentera Laut (Pujian PTL), sejak ia diperkenalkan pada tahun 2007. Upacara penyampaian anugerah telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Laut semasa Istiadat Perbarisan dan Sambutan Hari TLDM Ke-87 hari ini.

Pengiktirafan TLDM kepada Laksda Datuk Adli Chung ini adalah bertepatan dengan sumbangan besar berimpak tinggi Laksamana yang berjaya meningkatkan secara signifikan tahap kesiagaan operasi Armada TLDM menerusi beberapa inisiatif baharu. Selain itu telah menaikkan imej TLDM di dalam beberapa misi khas, serta menghasilkan inovasi “luar jangka” dimana telah menyumbang penjimatan dana kerajaan berjumlah RM45 juta dalam tempoh 13 tahun. Sebahagian inisiatif serta inovasi cetusan Laksamana kini juga sedang diteliti oleh pihak kerajaan untuk dipanjangkan ke agensi yang bersesuaian, disamping turut ditinjau potensinya oleh beberapa firma swasta.

Seperkara lagi yang tidak diketahui ramai ialah sumbangan secara berterusan Laksamana sejak berkhidmat yang belum pernah diperkata atau diuarkan. Maklumat ringkas adalah seperti snapshot kepada Curriculum Vitae (CV) ringkas Laksamana di Artikel ini.

Penganugerahan Pujian PTL terhadap pencapaian berimpak tinggi Laksamana Muda Datuk Ir. Ts. Hj Adli Chung ini amat membanggakan TLDM, dimana ianya wajar dijadikan motivasi serta inspirasi kepada warga generasi baharu Navy People. Laksana benih yang baik, jika dibuang ke laut menjadi pulau, ditebar ke langit menjadi bintang dan dicampak ke hutan menjadi gunung.

Sumber : Markas Tentera Laut, Sekretariat
Artikel   : Kepten Ts. Mohd Faesac bin Talla TLDM
Foto      : Laksamana Muda Datuk Ir. Ts. Hj Mohd Shaiful Adli Chung

Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image