Image
Image
Image

Select your language

 

Selesai. Peserta Kursus HRMIS ATM Siri 3/2020 bergambar bersama 

MASAI, 28 Ogos – Kursus Human Resource Management Information System (HRMIS) ATM Siri 3/2020 telah diadakan bermula 24 hingga 28 Ogos yang lalu bertempat di Markas Pemerintahan Pasukan Simpanan TLDM (MPPS TLDM). Kursus yang melibatkan 22 orang peserta terdiri daripada pegawai dan anggota dari ketiga-tiga perkhidmatan Darat, Laut dan Udara bagi pasukan-pasukan atau unit-unit yang berada di Zon Selatan yang mana menjawat jawatan sebagai Pegawai Tadbir/Rekod atau Ketua Kerani/Kerani Rekod. Kursus telah dijalankan mengikut Standard Operating Procedure (SOP) seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Antara objektif Kursus HRMIS Siri 3/2020 ini dilaksanakan adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta berkenaan konsep, proses serta fungsi-fungsi yang terlibat bagi modul-modul HRMIS ATM mengikut peranan masing-masing. Seterusnya membimbing peserta akan penggunaan modul yang terdapat dalam sistem ini terutama proses-proses pengurusan sumber manusia.

Majlis Penutup dan penyampaian sijil kursus ini telah disempurnakan oleh Lt Kol Erman Shah bin Mohd Khafe, Pegawai Staf 1 Sistem Informasi. Ketua Staf MPPS TLDM, Kept Ismail bin Othman TLDM turut berkesempatan melakukan lawatan ramah mesra.

Sumber : Seksyen BPR & HRMIS
Artikel   : Lt Kdr Mahazean binti Mat Lawi TLDM
Foto      : BK PBK Hazarul Affendiy bin Ismail

Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image