Image
Image
Image

Select your language

KUCHING, 22 Jan - Seramai 12 orang pegawai dan 45 orang anggota PSSTLDM telah menyertai Latihan Tempatan di KD MAHAWANGSA. Latihan seumpama merupakan salah satu usaha dan inisiatif bagi mendedahkan Pasukan Simpanan Sukarela TLDM dengan rutin dan tugasan sebenar di kapal-kapal milik Tentera Laut Diraja Malaysia.

Pasukan telah disambut oleh Pegawai Memerintah KD MAHAWANGSA, Kepten Mohd Amin Bin Mat Tahir TLDM dan seluruh warga Merong Perkasa. Menerusi ucapan yang disampaikan, Kept Mohd Amin mengalu-alukan kedatangan warga PSTL Kuching dan amat berharap latihan yang diberikan sepanjang berada di KD MAHAWANGSA dapat dimanfaat dan di adaptasi pada masa akan datang.

Selain mempertingkatkan kualiti Latihan Tempatan, latihan yang diadakan telah memberi impak memberansangkan kepada warga PSTL Kuching di samping sebagai pendedahan awal kepada Pegawai Kadet dan Perajurit Muda PSSTLDM.

Latihan yang dilaksanakan, mematuhi Prosedur Operasi Standard seperti yang digariskan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak dalam mengekang wabak COVID19.

Sumber : PR PWTL KUCHING
Artikel   : LT M Syful Mirza bin Alluwie PSSTLDM
Foto      : BM PAP Mohd Zaimi bin Bohari
               Pt M Muhammad Azuan Fareezie bin Mahdeli

Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image