Pertemuan kedua-dua pemimpin angkatan laut ini menjadi pemangkin untuk mendalami hubungan antara TLDM dan TNI-AL
KUALA LUMPUR, 15 Dis - Laksamana TNI Yudo Margono, Kepala Staf Tentera Nasional Indonesia - Angkatan Laut (TNI-AL) yang dalam rangka lawatan kerja ke Malaysia telah mengadakan kunjungan hormat ke atas rakan sejawatnya, Laksamana Tan Sri Mohd Reza bin Mohd Sany di Markas Tentera Laut.
Ketibaan beliau di Wisma Pertahanan disambut Tan Sri Mohd Reza dan dimulakan dengan pemeriksaan Kawalan Kehormatan Utama.
Seterusnya, beliau mengadakan perjumpaan dengan Tan Sri Mohd Reza dan mendengar taklimat mengenai perkembangan semasa TLDM.
Kedua-dua pemimpin angkatan laut itu berkesempatan berbincang dan mendalami hubungan yang sudah terjalin sekian lama antara TLDM dan TNI-AL.
Artikel dan Foto: Cawangan Komunikasi Strategik, Markas Tentera Laut
MARKAS TENTERA LAUT, WISMA PERTAHANAN, JALAN PADANG TEMBAK, 50634 KUALA LUMPUR
Emel : webmaster@navy.mil.my | Tel : (60)3-40160159
Paparan Terbaik : Mozilla Firefox / Google Chrome / Microsoft Edge
HAKCIPTA | DASAR & PRIVASI | PENAFIAN | PETA LAMAN