Image
Image
Image

Select your language

Perbincangan antara Ketua Jurutera TLDM dan pihak MAN Malaysia Sdn. Bhd.

KUALA LUMPUR, 28 Okt - Ketua Jurutera TLDM hari ini melaksanakan lawatan kerja khas ke Syarikat MAN Malaysia Sdn Bhd, iaitu pembuat enjin kapal, kenderaan darat dan electrical power generation.

Tujuan utama lawatan kerja khas adalah untuk bertukar pandangan berkenaan tahap sokongan dan keupayaan pembaikan yang tidak mantap bagi senggaraan enjin MAN berkapasiti melebihi 3000kW. MAN Malaysia buat masa ini amat bergantung kepada bantuan dari luar negara bagi memberi perkhidmatan senggaraan enjin berkapasiti tinggi.

Sepanjang pertemuan ini, beberapa inisiatif dan strategi serta perancangan telah dibincang bagi memastikan sokongan terhadap Aset TLDM bertambah baik, selaras dengan aspirasi self-reliance di Kertas Putih Pertahanan (Defence White Paper) yang diluluskan oleh Parlimen Malaysia pada bulan Disember 2019 yang lalu.

Pihak MAN Malaysia Sdn Bhd memaklumkan diskusi ini adalah bersifat positif bagi memastikan keperluan pengguna MAN mendapat perkhidmatan after-sale yang terbaik. Di akhir sesi lawatan kerja khas, pihak MAN berjanji akan berusaha mengatasi isu dan cabaran yang dibangkitkan sebelum tahun 2022.

Sumber : The Blue Black Office, Bahagian Kejuruteraan, Markas Tentera Laut
Artikel   : Laksamana Muda Datuk Ir. Mohd Shaiful Adli Chung
Foto      : Lt Kdr Muhammad Faliq Anwar bin Muhammad Fauzi TLDM

Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image