Panglima Armada Barat bersama Warga FOB Kukup
LUMUT, 6 Mei – Laksamana Madya Datuk Abu Bakar bin Mohd Ajis, Panglima Armada Barat telah mengadakan lawatan rasmi ke Forward Operating Base (FOB) yang ditubuhkan di unit operasi Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) dan Pasukan Polis Marin (PPM) bagi memperkukuhkan kawalan sempadan perairan negara di Semenanjung Malaysia daripada kemasukan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) ke perairan negara serta mengekang penularan wabak COVID-19. Objektif utama penubuhan FOB adalah menyediakan unit bantuan logistik kepada semua aset Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang berada di kawasan operasi serta pengoperasian bot pemintas yang digunakan sepanjang OP BENTENG LAUT.
Pada ketika ini, terdapat beberapa operasi maritim yang dilaksanakan oleh TLDM di bawah seliaan National Task Force (NTF) yang ditadbir urus Majlis Keselamatan Negara (MKN). Namun demikian, hasil kajian yang dilaksanakan oleh NTF telah mengenalpasti beberapa laluan hotspot kemasukan PATI yang berpotensi untuk dibolosi. Ini berdasarkan loophole dan jarak terdekat perairan sempadan daratan Malaysia. Oleh demikian, wujudnya FOB dengan tiga komponen utama iaitu penempatan seorang Pegawai Komander, Tim Bantuan AST dan LST serta Krew Bot Pemintas di setiap enam lokasi FOB seperti Kuala Linggi di Melaka, Batu Pahat, Kukup dan Teluk Ramunia di Johor, Stesen JARAK TLDM di Perak dan akhir sekali Batu Uban, di Pulau Pinang.
Lawatan Panglima Armada Barat ke FOB Kukup telah disambut oleh FOB Komander Lt Kdr Muhammad Hisham bin Abd Halim TLDM dengan mengadakan taklimat operasi, lawatan ke sekitar jeti, jamuan moreh serta beramah mesra serta sesi bergambar bersama anggota TLDM yang bertugas. Lawatan ini bertujuan untuk memastikan kelengkapan fasiliti serta kebajikan anggota yang berada di FOB pada tahap yang optimum dalam melaksankan operasi terutama menjelang 1 Syawal.
Sumber : Pejabat Komunikasi Strategik MPAB
MARKAS TENTERA LAUT, WISMA PERTAHANAN, JALAN PADANG TEMBAK, 50634 KUALA LUMPUR
Emel : webmaster@navy.mil.my | Tel : (60)3-40160159
Paparan Terbaik : Mozilla Firefox / Google Chrome / Microsoft Edge
HAKCIPTA | DASAR & PRIVASI | PENAFIAN | PETA LAMAN