Image
Image
Image

Select your language

Timbalan Panglima Armada Barat menyampaikan sijil kepada peserta kursus

LUMUT, 24 Feb – Yang Berbahagia Timbalan Panglima Armada Barat Laksamana Pertama, Ee (Yee) Tai Peng telah menyempurnakan Majlis Penutup Kursus Pengukuhan Perundangan Angkatan Tentera Untuk Pegawai Memerintah Siri 1/21 di Bangunan Mahkamah Tentera Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut.

Kursus yang dianjurkan oleh Bahagian Perundangan Markas Pemerintahan Armada Barat ini telah berlangsung selama 3 hari mulai 22 hingga 24 Februari 2021. Seramai 13 orang Pegawai berpangkat Komander TLDM dan Leftenan Komander TLDM yang diperjawatkan sebagai Pegawai Memerintah dan Pegawai Laksana di Markas serta Unit di bawah naungan di sekitar Pangkalan TLDM Lumut menyertai kursus tersebut.

Selain itu, kursus ini dilaksanakan untuk mendedahkan serta mengukuhkan pengetahuan khususnya dalam bidang perundangan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terutamanya di kalangan Pegawai Memerintah. Kursus ini juga berkaitan dengan prosedur penyiasatan pertuduhan, perbicaraan terus, penyediaan kertas penyiasatan dan hukuman yang boleh dijatuhkan oleh Pegawai Memerintah kepada anggota TLDM yang melakukan kesalahan dan disabitkan dengan tindakan tatatertip ketenteraan.

Lt Kdr Mohd Arif Aizudin bin Alwi TLDM dari Markas Pemerintahan Pendidikan dan Latihan (Bahagian Perundangan) telah dijemput bagi memastikan objektif kursus ini tercapai selain dapat berkongsi pengalaman beliau yang luas dalam bidang perundangan khasnya kepada para peserta kursus.

Majlis berakhir dengan sesi ramah mesra serta sesi bertukar pendapat dan pengalaman bersama YBhg Timbalan Panglima Armada

Sumber : Pejabat Komunikasi Strategik MPAB

Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image