Image
Image
Image

Select your language

Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Rahman bin Ayob telah menyampaikan Perutusan Tahun Baharu 2024 setelah setahun beliau memegang jawatan sebagai Panglima Tentera Laut ke-18 sejak 27 Januari 2023 di Wisma Pertahanan pada hari ini.

Seramai 400 warga Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sekitar Lembah Klang telah menghadiri majlis tersebut dan ia turut disiarkan secara langsung ke semua Markas Pemerintahan dan Markas Formasi TLDM di seluruh Malaysia.

Turut hadir ke majis tersebut adalah Timbalan Panglima Tentera Laut, Laksamana Madya Dato’ Zulhelmy bin Ithnain; Presiden Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (PUSPAHANAS), Laksamana Madya Datuk Sabri bin Zali dan barisan kepimpinan tertinggi TLDM yang lain.

Antara perkembangan terbaru yang telah disampaikan oleh Panglima Tentera Laut adalah Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kewangan (MOF) telah meluluskan permohonan perolehan 3 buah kapal Littoral Mission Ship Batch 2 (LMSB2) yang berkeupayaan kombatan untuk TLDM.

Beliau turut memaklumkan, sebaik sahaja Surat Niat (LOI) dikeluarkan, rundingan Teknikal Spesifikasi dan Klausa Kontrak akan diadakan antara TLDM dengan firma terpilih. TLDM menyasarkan untuk menyelesaikan semua keperluan dokumen kontrak ini sebelum pertengahan tahun ini.

Selain daripada menyampaikan aspirasi dan amanat beliau untuk tahun 2024, Panglima Tentera Laut dalam ucapannya telah mengambil kesempatan memberi peringatan kepada seluruh warga the Navy People agar sentiasa mematuhi segala Standard Operating Procedure (SOP) dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab. Beliau turut memaklumkan bahawa TLDM tidak akan berkompromi dalam usaha memerangi salah laku seperti gejala buli, rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa yang pastinya akan mencemarkan imej TLDM.

Sumber : Cawangan Komunikasi Strategik, Markas Tentera Laut

Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image