Panglima Armada Barat menyaksikan sesi menandatangani Sijil Serah Terima Tugas
LUMUT, 26 Feb – Panglima Armada Barat Laksamana Madya Dato’ Muhamad Ridzwan bin Abdul Rahman telah menyempurnakan Majlis Serah Terima Tugas Pegawai Memerintah KD JEBAT, KD KINABALU dan KD HANG TUAH bertempat di Bilik Mesyuarat Markas Pemerintahan Armada Barat.
Majlis dimulakan dengan kunjungan hormat oleh Pegawai Memerintah bagi ketiga-tiga kapal tersebut bersama bakal Pegawai Memerintah yang baharu. Sesi tersebut juga bagi membincangkan berkenaan isi-isu semasa yang dapat dikongsikan serta bertukar pendapat dan pengalaman.
Seterusnya, majlis diteruskan dengan sesi menandatangani Sijil Serah Terima Tugas, menurunkan dan menaikkan Insignia Pegawai Memerintah dan penyerahan Simbolik Pemerintahan yang didahului oleh KD JEBAT, diikuti oleh KD KINABALU dan KD HANG TUAH.
Pegawai Memerintah KD JEBAT iaitu Kdr Farish bin Ahmad TLDM akan bertukar keluar ke Markas Tentera Laut, Bahagian Sumber Manusia sebagai Pegawai Staf 1 Penyelidikan Sumber Manusia dan Kdr Emmry Shahril bin Mokhtar TLDM akan meneruskan legasi pemerintahan KD JEBAT yang baharu. Manakala Pegawai Memerintah KD KINABALU iaitu Lt Kdr Mohd Reduan bin Osman TLDM akan menyerahkan pemerintahan kepada Lt Kdr Nik Ashraf Thaqid bin Nik Azizan TLDM kerana dilantik sebagai Pegawai Memerintah KD LEDANG seterusnya merangkap Pegawai Kanan Skuadron Penangkis Periuk Api Ke-26. Pegawai Memerintah KD HANG TUAH iaitu Lt Kdr Mohamad Hasrul bin Abdul Rahman TLDM bertukar keluar ke KA TUN AZIZAN sebagai Pegawai Memerintah dan digantikan dengan Lt Kdr Abdul Malek bin Abdul Kadir Kailani TLDM.
Majlis diteruskan dengan ucapan oleh YBhg Panglima Armada Barat dan diakhiri dengan bacaan doa. Majlis ini dilaksanakan dengan ringkas dan cepat serta mengikuti Standard Operating Procedure (SOP) yang telah ditetapkan.
Sumber : Pejabat Komunikasi Strategik MPAB
MARKAS TENTERA LAUT, WISMA PERTAHANAN, JALAN PADANG TEMBAK, 50634 KUALA LUMPUR
Emel : webmaster@navy.mil.my | Tel : (60)3-40160159
Paparan Terbaik : Mozilla Firefox / Google Chrome / Microsoft Edge
HAKCIPTA | DASAR & PRIVASI | PENAFIAN | PETA LAMAN