Image
Image
Image

Select your language

Penyerahan Sijil Serah Terima Tugas Timbalan Panglima Armada Barat

LUMUT, 13 Jan – Majlis Serah Terima Tugas Timbalan Panglima Armada Barat yang telah berlangsung di serambi Markas Pemerintahan Armada Barat. Majlis yang hanya di hadiri oleh segelintir warga sesuai dengan tempoh perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) mengikut Standard Operating Procedure (SOP).

Panglima Armada Barat, YBhg Laksamana Madya Dato’ Muhamad Ridzwan bin Abdul Rahman berbesar hati menyempurnakan upacara serah terima tugas Timbalan Panglima Armada Barat di antara Kepten Mohd Norizal bin Fahrudin TLDM dan Laksamana Pertama Ee (Yee) Tai Peng hari ini. Kepten Norizal telah mengambil alih sebagai Pemangku Timbalan Panglima Armada Barat pada 24 Dis 2020 menggantiakan Laksamana Pertama Yusne bin Mokhtar yang bertukar keluar untuk mengikuti Kursus Ketahanan Nasioanl Siri 2/2021

Panglima Armada Barat menginggatkan agar semua warga sentiasa mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi membedung penularan COVID-19 yang semakin membimbangkan.

Sumber : Pejabat Komunikasi Strategik MPAB

Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image